Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Thursday, January 26, 2012

Cara Menghindari Skit Kpala

Slm, harienie Nurul nak citer siket cre mnghindari skit kpla... hehehe....


jom terjah
Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, January 25, 2012

13 Alasan Murah Tidak Menutup Aurat

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday, January 23, 2012

Punca Anda Cepat Letih


Gambar x der kene mengena ngn entry*


Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.
Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.
Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.
Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.
Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.
Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Vote Nurul Leh Tak?

Slm, mungkin pyah bgi korang untuk meringankan tangan untuk vote nurul... itzz ok! x pe.. x geysa pown..
Bgi spe2 ak vote 2, boleh klik sini then crik url blog nurul




Ok, ty krang sume!

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, January 21, 2012

Setiap Tahun Baru Cina Nurul Dapat Angpau Ke?

Slm hait!!!



Amboi!! entry kali nie pnas btul larh!
Sebut jerw thun baru cina, Nurul msti dpt angpau!!
Yeah! korang tau2 jerw la, Nurul nie ade mix ngn cina+jawa.... Korang tau x Nurul tie raye cine nie, Nurul akn pergi kt rumah sedare2 yg terdekat....

Klu ommayu kasik angpau raye, minimum dlm siggit....
Klu owg cine, minimum kasik 5 hengget... 2 pown orng yg dtng kat umah sdare Nurul 2... hakz2...
Cube byangkan kalau 80 bijik umah Nurul pergi?


Mestila Nurul dpt 800.88474992 ribuan hengget... agknye duit tu x der penghujung dah... dlm add math disebut infinity... hahaaa.....

Ala, kalau Nurul dpt duit cm2 dh bli rumh banglo 4 tingkat dh kan.. skunk nie pown Nurul dok kt umah banglo 4 tingkt(sbnarnye rumah pngse 4 tingkt)

Nurul ingat agi, time Nurul gi kt umah sedare Nurul, mesti Nurul nmpak tarian naga... nak2 thun nie thun naga air... dh mestilah naga tu kuawkan air die kan....


Entahler, tngok jer la nnti... he3.... cdng nk dpttkan angpau yg bnyak thun nie... hakz2..

Ok lar, smpae sinie jerw 

Jom klik sini ,sini untuk mengetahui keajaiban hari raya cina sempena thun naga air...

lain2 yang menambat hati:






Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Friday, January 20, 2012

Teka Teki Paling Susah

salam... nk teka teki x?


1 Kadang2 aku kuat, kadang2 aku lemah, tak de bahasa 
yg aku takleh cakap tapi aku tak pernah pergi sekolah. Aku ni sape?

2 Jamal berusia 10 tahun dan Ibu Jamal mati. Ayahnya pula kawhin dengan perempuan lain. Pastu dia dapat adik tiri. Ayahnya telah wasiat hartanya kepada Jamal apabila dia sudah mati. Walaubagaimanapun setelah ayahnya sudah mati Jamal tidak dapat harta itu tetapi adik tiri dia je dapat kenapa?

3 Satu petang sepasang suami dan isteri sedg berada dlm perjalanan ke suatu destinasi. Tiba2 kereta diorg terbabas. Diorg selamat cuma enjin kereta dah rosak dan si suami nak pergi mintak tolong. Sebelum pergi dia tutup sume tingkap dan kunci kereta. Tapi bila dia balik semula isteri dia dah mati dan ada stranger dalam kereta tu. Kereta tu langsung takde kerosakan pecah masuk. Camne isteri dia mati dan camne stranger tu ada kat situ?

4 Sorg lelaki telah di temui mati meniarap kat padang pasir. Dia pakai beg galas nampak macam pengembara. Dia telah mati sejak 2 bulan lalu tetapi padang pasir tak dilalui oleh org sejak 3 bulan lalu. Apa sudah jadi?

5 Boleh tak seorg lelaki kahwin dengan adik janda dia?

6 Seorg ayah telah mewasiatkan syarikatnya kepada anak tunggalnya sebelum dia mati. Namun setelah ayah tu dah mati si anak kecewa dia tak dapat syarikat itu. Kenapa si anak tak dapat syarikat itu?

7 Seorg lelaki pelupa telah disuruh oleh ibunya utk mengepos surat. Sebelum dia pergi ke pejabat pos dia pergi ke restoran. Setelah dia nak keluar dari restoran penjaga pintu kata kat dia "Jangan lupa poskan surat ibu encik" . Dia berasa pelik dan kini dia sedang mengepos surat ibunya di pejabat pos. Tiba2 seorg budak perempuan memanggilnya dan dia menoleh ke belakang. Budak perempuan tu pun kata "Tahniah abang telah berjaya mengepos surat ibu abang!". Penjaga restoran dan budak perempuan itu 100% tak dikenali oleh dia mahupun ibunya. Camne perkara ini boleh berlaku?


















Jwapan:
Jawapan 1>GEMA
Jawapan 2>kerana Jamal mati terlebih dahulu sebelum ayahnya
Jawapan 3>stranger tu ialah bayinya dan isterinya mati masa melahirkan bayi itu.
jawapan 4>lelaki tu sebenarnya mangsa kapal terbang yg nak terhempas kat padang pasir. Dia pun terjun dgn beg payung terjun. Malangnya payung terjun takleh bukak jadi................
Jawapan 5>Tak boleh pasal lelaki tu dah mati...kan isteri dia dah jadi janda
Jawapan 6>syarikat ayah dia dah bankrap daa........
Jawapan 7> Ibunya telah menampal kertas kat belakang anaknya. Kertas itu berbunyi begini: Tolong ingatkan anak aku ni utk poskan surat ibunya



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Thursday, January 19, 2012

Wordless Friday#1

Ok, dlm entry yang nie kite belajar tntng bape ekor lipas kah yang ade dlm 1 telur lipas???

Kali nie Nurul nk share kan beberape gmbar lipas... ha3333...
Nurul pling geli++ tkut sngad kat lipas nie tao x... hakz2


Eeeee.. lipas berbelang... hahahaa
Bye korang..
Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, January 18, 2012

Akibat enghisap Rokok




Bahaya merokok-fakta keburukan merokok dan akibat merokok.
Bilakah anda ingin mengambil keputusan untuk berhenti merokok?

Mengapa anda berhenti merokok?

Kedua-dua persoalan di atas mesti jelas di minda anda jika keputusan berhenti merokok dibuat.

Berbagai-bagai sebab yang anda wajib berhenti merokok, iaitu:

Memanjangkan usia


Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

Pencegahan penyakit


Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Sihat dan hidup berkualiti


Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

Anak-anak sihat


Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

Remaja merokok


Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

Gigi kuning


Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

Bau nafas


Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

Kulit cantik


Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

Melindungi keluarga dan rakan-rakan


Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

Mudah letih dan kurang cerdas


Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

Baju dan rambut berbau


Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

Mengurangkan pencemaran udara.


Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

Kesuburan(fertiliti)


Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Disfungsi ereksi


Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.

Berhenti merokok tindakan yang wajar.


Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday, January 16, 2012

Masalah Kanak2 Hiperaktif

Slm, harienie Nurul nk kongsikan citer tntg masalah kanak2 hiperaktif nie... ha2
Sape kt sinie hyperaktif? ya! terlebih aktif....



                          *Contoh kanak2 hiperaktif* 

Jom kite tngok masalah knak2 hiperaktif nie
Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Hiperaktif (ADHD)
  • Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.
    Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.
    Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif
    - Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.
    - Mereka suka membantah.
    - Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.
    - Lalai dan tidak memberi tumpuan.
    - Sering merasa tidak puashati.
    - Sering tertekan.
    - Menghadapi masalah dalam pelajaran.
    - Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.
    - Cepat takut dan risau.
    - Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.


    Ok, babai korang.. smpae sinie jerw!





Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, January 15, 2012

Punca2 Keguguran Rambut Yang Serius



Sala and hi korang... Amacm? tkut x tngok gbar kt atas tu??
Hakz2.... tjuk harie nie ialah punca2 keguguran rambut...
Elow? spe kt sinie rmbot die gugur jerw? nak x nurul belanja gune Yun Nam Hair Cair... Pakar rambut andaaaaaaa!! ahaha....

Tadi nurul blowalking, ternmpk bnde ala nie.. then Nurul share kat korang....




Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. 


* Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


* Rawatan kanser

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Friday, January 13, 2012

Dalam 1 Telur Lipas Keluarkan Berapa Lipas?

slm korang.... korang rindu kat Nurul x?? hahaaa
x rindu kerw?

Yerla, spe la Nurul ni kan... fes kali Nurul nk mintak maap sesangat sbb x pa updae blog.. hu2... Yerla, Nurul thun nie SPM... pas2 bnyak gila homework....

Hu2....

And Nurul hrap sngad, korang slalu singgh kt blog Nurul.. yerla, blog Nurul x cntek.... xx cm blog lyssa faizureen tu... hu2

ok! lari drpd tjuk....
Sape kt inie tkut lipaas?

Yea! Nurul yakin ramai yg tkut lipas kan ... Nurul dri kecik smpae skrn nie kut lipas tao ....



Korang tngok tu.... dlm 1 tlur lipas kluarkan dl 13 ke 12 ekor cm2...

Korang x caye ke? ha2....lipas tu warne putih?
Nak tau sbb pe? sbb lipas tu kalau dh kene cahaya, die jdik hitam ke coklat cm2... sbb tu lar lipas x kuaw waktu siang... mungkin pling siang powntime nk dkat subuh.... diorang nie makan baju tau.. TIPU! ha3.. sbb tu lar, kat almari korang tu ade lipas... x pun ie nk bertelur kat almari.. byangkan lar, kalau lipas tu brtelur 5 bijik?


Ok! babai korang!!!









Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, January 7, 2012

wanita

19 keistimewaan seorang perempuan =)



  • Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

    • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

      • Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Kita kena ingat, orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

        • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

          • Sesiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan      bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

            • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

              • Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

                • Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

                  • Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

                    • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

                      • Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

                        • Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

                          • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

                            • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

                              • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

                                • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

                                  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

                                    • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

                                      • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



                                      Dah Bace Tu Try Komen Pulak