Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Wednesday, January 18, 2012

Akibat enghisap Rokok




Bahaya merokok-fakta keburukan merokok dan akibat merokok.
Bilakah anda ingin mengambil keputusan untuk berhenti merokok?

Mengapa anda berhenti merokok?

Kedua-dua persoalan di atas mesti jelas di minda anda jika keputusan berhenti merokok dibuat.

Berbagai-bagai sebab yang anda wajib berhenti merokok, iaitu:

Memanjangkan usia


Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

Pencegahan penyakit


Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Sihat dan hidup berkualiti


Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

Anak-anak sihat


Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

Remaja merokok


Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

Gigi kuning


Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

Bau nafas


Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

Kulit cantik


Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

Melindungi keluarga dan rakan-rakan


Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

Mudah letih dan kurang cerdas


Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

Baju dan rambut berbau


Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

Mengurangkan pencemaran udara.


Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

Kesuburan(fertiliti)


Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Disfungsi ereksi


Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.

Berhenti merokok tindakan yang wajar.


Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: