Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Saturday, December 28, 2013

Kisah Benar: Peluk Islam Setelah Melihat Keajaiban Saf Solat




Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr. Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu, ” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab, ” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata, ” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab, ” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi, ”Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab, ” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah ” RAPATKAN SAF…

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata
“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH” – I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger.

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf salat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia

Sumber

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Thursday, December 26, 2013

Cara Terbaik Nak Hilangkan Jerawat Korang

Sape yg tak ada masalah jerawat kan? Haa, kalau dh tumbuh jerawat tu mula lahh menjerit sana sini..
Ala, Nurul letew..... Nnti ada laa orng sebelah Nurul jadik mangsaa... Mcm ner nak hilangkan jerawat nie!!!

"Hbis cacat cela muka aku yang cunsss nie!!"
Ok sila muntah sekaranggg!

Kalau muka bebas jerawat, x lah malu nak pi mana2... Nak pi pasar ke, Tesco ke... Yg pling penting jumpa orng yg tersayang...Eheemmm..
Tau tak, ada cara yg simple nak hilangkan jerawat nie??? 


Korang toksah nk pi beli produk2 kecantikan nak hilangkan jerawat bagai...
Bagi orng yg penjimat mcm Nurul nie, sesuai rasanya nk amalkan cara tradisional... Cara nya mudahh! Tak perlu banyak modal! Cuma perlukan kerajinan untuk mengamalkankannya *Alahai.. dh mcm iklan syampu lah pulak
 
Before And After!!
Dah mcm zombi dah hakuu tengok =,=

Tapi kan, haritu Nurul pi sekodeng uncle Gugel tuh, cara2 nak hilangkan jerawat.. N kebetulan time tu Nurul ada bnyak jerawat tumbuh.. N Nurul pling x sngka, ada jerawat tumbuh ke pipi!!! Selama 18 thun Nurul hidup nie, first time tumbuh sekoq jerawat kat pipi *Terlebih jujur ke nie? ehhh

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. 

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.


Nota Kakitangan: Nurul biasanya guna ubat gigi untuk hilangkan jerawat... Biasanya sesuai untuk jerawat yg baru nak tumbuh, percaya atau tak, esok tu jerawat tu dh hilang!! Hihiiii! Bestnye
Tak perlu lah beli Krim pencuci muka....
Btw, Nurul pernah try tau sapukan sume muka Nurul dengan ubat gigi... FUh dia punya pedas muka nie.... Rasa nak tampar je... Aih~ Sabo je laa.... *terkantoilagi

Sumber : http://www.ciktom.com

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, December 25, 2013

Jom Tempah Kad Sendiri!!


Assalamualaikum.....
Harinie Nurul nak bukak tempahan bisnes kad sendiri....


Harga termasuk postage!!!
Tu contoh design yg Nurul wat....


Jom tempah sekarang!!!!


Cepatt Cepatt!!!! 
Boleh order minimum 1kotak (100 piecess!)
2kotak (200 pieces)
 +++


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Thursday, December 12, 2013

Lama Kot...


Lama kan Nurul tak update blog....
Eleh.. Bukannye ada sape2 rindu kat Nurul pun kan.......

Sobss sobss~~

Busy lha... Nak jaga nie, nak jaga tuh....
Last nurul update blog harituh bulan Oktober 2013....

Eh eh....
Actually bukan yg tu alasannya
Alasannya Nurul kemain malas lagi nak update blog....

Eh korang ape cer?
Nurul harituh bukak blog, sume dah berubah wajah dah......
Nurul dah tak aktif berblogging mcm dulu  lagi...

pemalasss! Hhahaa!! K... Bye

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Thursday, October 10, 2013

Agak2 Mata Nie Menangis Tak?


Pelbagai media yang Nurul nak lukis mata realistic tu
Mentang2 baru beli pensel.... Hahaha

Gatal sungguh tangan nie... yoooo!!

Semua orng tak tahu kan kita menangis
Kengkadang rasa cm nak jerit je 1 dunia nie supaya hati kita rasa lega sikit 
Tapi tapi......
Hanya Allah je yang tahu hu huhu huhuuuu~~~

Eh eh... Korang percaya tak sebenarnya orng yang banyak gelak, tu la orng yang pling bnyak menangis??

Semua orng ada cara mereka sendiri cmner nak hilangkan kesedihan dia
Kalau Nurul, Nurul akan duk dlm bilik sorang2, wat ape yg patot
Tak pun Nurul mkan banyak2!!!! gulp~

Yela, sape la kan, kat dunia nie x ada msalah
Sume ada prob mereka sendiri kan kan kan :")
Kalau nak citer kat orng lak.........

Takut dia bocorkan rahsia kita
Erm....

Kla, smpai sinie aje.. Papaii!!!!!

NotaTapakTanganTapakKaki: Takyah nak sedih sngat la!!

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, October 6, 2013

Haa? Sape Nak Tahu?




Lama tak update kan???
Harinie baru diberi peluang Nurul update blog, busy sngat nie?
Buzy la kot???

Yela, nak bagi kucing makan lagi
Nak kemas2 kan blog nie lagi
Kan dan bersawang..... :P

Last Nurul update tu haa, time raya
Woohhh.. Sebulan lebih tak update.....

Berbalik pada story kita...
Sapa nak tahu? (mcm xkene je dngan tjuk hrinie)


Aih.....
Kan bagus kalau kehidupan nie tak ada pancaroba...
Semakin kita hidup, semakin banyak cabaran
Semakin bnyak cabaran, semakin bnyak jurangnya
Semakin banyak jurangnya
Semakin banyaklah risikonya untuk jatuh

Tapi, setiap kali dugaan datang,
Kita kene bnyakkan bersabar kan...

Sekarng nie bnyak dah mahasiswa/mahasiswi mem-busy-kan diri untuk hadapi final exam
Dak PMR lak tngh fighting hbis2 
Dak SPM lak tngh siapkan senjata sume
Amacam? ready pensel, pen, pemadammm??

Nurul lak, baru jek hbis trial nie...
nak kata senang sngat tu, tak la
nak kata susah tu, mmng ada la... hehehe ::")

Uhhh -_-
Kehidupan mesti dijlankan kn??
Bersyukur sbb Allah dah beri nafas yang pnjang untuk kitaa
Ada orng yg umur sebaya kita dah pergi dah tinggalkan dunia nie selama2nya
Kehidupan mesti diteruskan... :'')

Wassalam

NotaTapakKakiTapakTangan: Nurul Baru je tukar template harinie =_=''


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, September 1, 2013

Kehidupan AKu Yang Dulu


Sebelum tu jom baca kisah nie smbil play lagu kat sini http://www.youtube.com/watch?v=UcXXpssBFVM


Dulu....
Kehidupan aku tak sama dengan yang lain...
Kehidupan aku
Aku bukan dilahirkan kaya dan anak yang berada

Aku dilahirkan dengan keluarga serba kekurangan
Pengalaman pahit mengajar aku segala2nya
Aku tahu apa itu susah
Namun, aku pasrah dan redha kerana ada orng yang lebih susah kehidupannya...

Sewaktu ke sekolah
Ayah aku hanya menghantar aku dengan menaiki basikal usang dan buruk
Dengan berbekalkan duit seringgit untuk makan pagi petang...
(Sewaktu itu sekolah agama setiap hari)
Pernah aku merungut nak dibelikan mainan
Namun ibu dan ayahku tidak memberinya
Aku hanya bermain di luar dengan pasir untuk melengkapkan kehidupanku

Pernah sekali aku merungut kerana aku ingin aku dihantar menggunakan kereta
Ayah aku hanya terpaku dan hanya berdiam
Aku sedih...
Kenapa jiran2ku ada kereta
Dan kluarga aku tidak mempunyai kereta?


Kesusahan mengajar aku erti segalanya
Aku dilahirkan sebagai seorang yang pendiam 
Pernah aku sering diejek dan dicemuh oleh rakan2ku
Aku sabar dan terus bersabar
Cemuhan itu mengajar aku erti kedewasaan dan erti keduniaan

Ya aku sedar
Bukan rakan2 sahaja
Tetapi sanak saudara dan jiran2
Turut diperlakukan seperti itu...
Cuma ada segelintir sahaja yang baik hati..

Allah...
Hanya Dia sahaja yang tahu begaimana deritanya aku diejek oleh rakan2 ku sendiri
Sedang aku bersendirian
Aku sering termenung jauh
Melihat kawan2 sedang bermain gembira di luar....
Alangkah bagusnya kalau aku ada kawan seperti mereka...
Alangkah bagusnya...

Tetapi, Allah itu maha adil...
Dia ada menghantar aku beberapa orang rakan2ku yang baik hati....

Aku hanya ada sebilangan kecil sahaja rakan2 ketika itu...

Ya Allah
Sungguh sedih ketika itu

Dulu aku ingin sangat beli burger
Sampailah sehingga ku berada di tahun 4 baru aku dapat meninkmati burger...
McD, KFC? jarang sekali....
Aku dapat merasa makanan itu semua ketika aku melangkah ke alam dewasa....

Pernah aku makan berlauk garam
Pernah aku memakai kasut dari tong sampah
Pernah aku memakai baju dari tong sampah
Pernah aku memakai barangan dari sampah
Sehingga aku sudah sebati dengan barangan buangan

Keluargaku
Aku ingat lagi
Aku sering membantu ibu dan ayahku memijak dan mengumpul tin
Hasil tersebut
Aku ingat lagi, aku dapat 60sen ke 70sen sebegitu
Ya Allah!
Hepi sngat time tu...
Aku dapat beli gula2 dan air....

Pernah aku membantu ibuku 
Jual kuih
Tepi2 jalan
Masuk kedai ke kedai
Terpaksa menahan malu
Semua orang pandang...
Allah.. Hina sngat ke aku?
Ya , aku tidak hina
AKu ingin mencari rezeki yang halal...

Aku ingat lagi
Ada sahabat baik aku ini
Selalu tumpangkan aku naik kereta
Wah!
Hepi sngat....
Tak pernah naik kereta kan???
Aku belaajr daripada dia
Cara membuka pintu kereta
Cara menutup pintu kereta
Cara membuka tingkap
Aku lagi hepi kalau ada aircond
Best sngat time tu...

Musim peperiksaan pun telah tiba
Nak pergi kedai buku
Hepi sngat
Sbb aku mmng suka ke kedai buku
Selalu je berangan jadi angkasawan
Selalu je berangan nak dpt rumah besar
Tapi aku tak pandai
Kalau pasal beli buku je
Mesti aku orang pertama yang akan masuk ke kedai buku....

Ketika keputusan UPSR diumumkan ketika itu
Result aku tak seberapa
Tapi aku bersyukur sebab aku diberi biasiswa dan bantuan baju seragam waktu itu....
Aku suka kumpul buku banyak2
Nak baca....

Tapi 
Aku tetap sebegini
Seorang yang pendiam....
Cemuhan demi cemuhan
Pernah terniat ketika itu

"Ya Allah, kenapa kau kasi aku hidup"
"Ya Allah, kenapa Kau tidak tarik nyawa aku?
"Ya Allah, aku tidak bertahan lagi hidup nie"

Namun, baru aku sedar sekarang ini
Allah beri ujian itu kerana Allah syg sngat kat aku
Allah syg sngat
Sekarang aku ingin berusaha untuk menjadi anak solehah dan hamba yang solehah untuk masa depan aku nanti....

Biarlah perkara itu menjadi kenangan pahit manis kehidupan

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday, August 5, 2013

Ramadhan Beransur Pergi :'(




Assalamualaikum....
Ramadhan...
Seperti yang kita tahu,
Lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita....

Sedihnya hati ini
Hanya Allah yang maha mengetahui...

Ya Allah!
Adakah aku bisa menemui Ramadhan yang penuh barokah lagi?
Adakah aku bisa menemui Ramadhan yang penuh erti buatku??
Adakah aku bisa menjamah makanan tika waktu berbuka????

Ramadhan dinanti...
Pemergianmu ditangisi...




Cuba kita kaji diri kita,
Apakah kita sudah lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini?
Bertambah ke pahala kita
Atau bertambah ke dosa kita?

Cukup kah terawih kita?
Qiamulail kah kita??
Allahurabbi...

Aku bukan seorang yang sempurna 
Namun, tidak pernah ku berputus asa untuk mencari redha-Nya...
Meskipun susah..
Mendaki ke puncak keimanan..
Kerana aku masih di jurang2 dosa diri sendiri....


Aku ingin belayar ke lautan samudera
Mencari seluas ilmu
Kerana diri ini masih naif tntng ilmu agama....

Bukan ku tidak pasakkan ke dalam diri
Bukan kerana aku tidak mahu..
Tetapi semakin aku menyelami ilmu
Semakin kurang ilmu aku...
Aku bagaikan dipahat dan dihimpit kerana dahagakan ilmu...
Ilmu ini tidak pernah cukup...

Ya Allah!
Bisa kah aku menemui Ramadhan akan datang?
Segunung doa ku telah panjatkan
Agar usia ku dipanjangkan...
Kerana aku semakin dewasa
Semakin gentar melihat alam kedewasaan
Semakin getir rasa ini
Untuk meniti usia itu..
Usia yang penuh pancaroba..

Ya Allah!
Ingin sekali ku bertemu dengan Mu tika ku sedang lena bersujud padaMu
Ingin sekali ku bertemu denganMu tika ku sedang mengingatiMu..
Adakah aku layak??

Usaha terus-terusan tidak pernah henti...
Kerana ku sentiasa melakukan kekhilafan kerana ku manusia biasa....
Semakin hari semakin ku dimamah usia...
Semakin hari ku semakin ingin mendekati dunia ini...

Ya Allah!
Bimbing daku ke jalanMu
Jalan yang Kau redhai....



Alhamdulillah
Inilah anugerah yang tidak ternilai...
Kita masih bernyawa pada bulan Syawal...
Inilah detik kemenangan kita daripada memerangi hawa nafsu...
Memerangi perkara yang dilarang di bulan puasa ini..
Menahan lapar dan dahaga...
Memerangi daripada sifat marah....

Meskipun Ramadhan beransur-ansur hilang....
Harap kita semua dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan akan datang...

Selamat hari Raya..
Maaf zahir batin duhai sahabatku...
Sama ada di dunia nyata mahupun di alam maya

Amiin ya Rabb :')





Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, August 4, 2013

Design Kad Raya Dah Siap!



Assalamualaikum... Ait korang... Kejap e dah raya ea x?
Kejap je masa berlalu... Pantas sekali... :'(

Yang nie pemenang giveaway Mohd Zuhri tu... Actually ada lgi 1, bookmark punya.....
Tapi xupload pun, hehehee....

Ekhem... Nie je yg mampu Nurul wat.. Bkn lawa pun kan :'(
Tak pe la, asalkan Nurul dh tunaikan tnggungjwb Nurul..... PEACE!!!!

N, nie kad raya untuk kwan Nurul.... Sorry gmbar nie senget sbb nak memudahkan untuk print... xD
Kata kad? kad lah kan?? hehee xD



Okey, nie je... Nurul bknnye reti mendesign nie... Cukup lah sekadar pengetahuan Nurul je.. hehee... 
Selamat Hari Raya kengkawan!!!!!


Dah Bace Tu Try Komen Pulak