Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Saturday, March 23, 2013

Hang Out With BFF

Before ambek result kitorang pi hang out kat JJ....
Yeah!!!
Hanya Kiitorang berdua je pegi Hang Out.....

Nie lha Aimi kawan Nurul selama2nya...
Until Jannah....



Termenung jauh Aimi... Pikirkan sape lewtew...


Posing sana sini.............
Kitorang memang suke men posing2 nie.....




Last destination kitorang mkn nasi goreng tomyam... Nyum2...



Muke Aimi bile mkn nasi goreng Tom Yam..


Risawwwww


Kitorang pi cinema.. tngok cerita "CERITA KITA"



Kononnya Nurul belajar ar tngok buku. HOHO



Tiket kitorang...... Nk tau x, kat dlm panggung tu, Nurul ngn Aimi je ade..


Tersenyum sendiri....



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, March 19, 2013

Perbezaan Cinta, Couple, Jodoh



Manusia sering tertipu dengan mainan akal yang mentafsir istilah tuturan kata-kata yang diucapkan tiap-tiap hari. Lebih –lebih lagi apabila ia melibatkan bahasa campur. Diantaranya istilah baik, justice dan sebagainya. Dan disini yang ingin dibincangkan adalah istilah yang sinonim dengan remaja khususnya iaitu cinta, couple dan jodoh. Tiga istilah yang bercampur dari segi bahasa dan agama. 
Sebenarnya cinta, couple dan jodoh adalah berbeza yakni tidak berkaitan di antara satupun. Kita boleh jatuh cinta walaupun tanpa kita couple dengan orang yang kita cintai. Dan ada je orang yang couple tapi tak cintai pun orang yang dia couple tu. Tanpa couple dan cinta… jodoh tetap boleh berlaku, kerana takdir itu tiada siapa yang dapat lawan. Itu semua orang perlu menerima hakikat sebagai muslim yang mempercayai qada’ dan qadar. Jadi itu memang sudah ternyata.





COUPLE. Apabila kita membicarakan tentang couple, jadi ia berkaitan dengan hubungan. Perhubungan dikalangan manusia atau lebih focus pada muammalat umat islam. Untuk memperincikan tentang ini, pemerhatian boleh dijalankan terhadap cara tindakan dan pertuturan diantara manusia dalam menjalankan kehidupan. Disini kita boleh membuat kesimpulan kepada 4 jenis perhubungan, iaitu: 
1. Kawan 
2. Rakan 
3. Sahabat 
4. Teman . 
Perhubungan jenis kawan ini adalah apabila orang itu, apabila kita jumpa dia kita tegur/greet dia. 

Beri salam, bersalam. Then berlalu begitu sahaja. Jika berlaku perbualan pun hanya perbualan ringkas sahaja.


 Jenis rakan pula, lebih advance sedikit berjumpa dan berbual dengan lebih panjang dengan mempunyai tujuan tertentu. Hanya ingin berjumpa dengan orang tersebut apabila ia memberi kepentingan tertentu kepada kita. Contohnya rakan kerja, rakan sepermainan dan sebagainya. Seorang pelajar diberi tugas dalam membuat experiment. So orang dalam group tersebut adalah rakan dia. 
Setelah selesai kerja experiment tersebut maka hubungan rakan tadi menjadi kawan. Sahabat pula memiliki sifat hubungan kawan, rakan dan lebih advance lagi. Perhubungan sahabat berlaku apabila dia begitu mengambil berat tentang seseorang. Biarpun orang itu menghadapi kesusahan, dia akan tetap akan bersama mengharunginya serta membantu. Bergembira bersama, susah bersama. Tempat berkongsi masalah, bercerita dan bermain. 

Kita dapat menyentuhnya, mendampingi dan bergurau dengannya. Itulah sahabat. Hubungan seterusnya ialah hubungan teman. Hubungan ini merangkumi semua hubungan kawan, rakan dan sahabat malah lebih advance lagi. Berbeza dengan sahabat kerana teman ini,mereka berkongsi segala-galanya, seperti perbelanjaan, kesusahan dan kesenangan hidup, seks, hidup dan mati, sentiasa bersama. Hubungan ini lebih tepat dan faham jika kita namakan suami dan isteri. 

Hidup bersama. Jadi jika kita perhatikan 4 hubungan ini, menjadi tanda tanya pada kita, dimanakah kedudukan couple dalam perhubungan ini?adakah ia terletak pada kawan? Sudah tentu jauh sekali. Jadi adakah rakan, sahabat atau teman? Jadi cuba kita tinjau balik cara perhubungan yang dilakukan apabila seseorang itu bercouple. Adakah ia boleh disamakan dengan teman?


Couple tak boleh melakukan hubungan seks dan klu dia sanggup buat dosa zinar sekalipun dia tak boleh ke tahap teman kerana teman mesti hidup bersama. Jadi couple tak boleh masuk dalam kalangan teman. Bagaimana dengan sahabat? Mungkin couple dia tahu segalanya tentang pasangannya tapi dia tak boleh sentuh yang bukan mahramnya. Biarpun dia berpegangan tangan dan belai pasangannya, hubungan ini hanya mampu diklasifikasikan sebagai sahabat sahaja. Bagaimana pula couple itu, contohnya lelaki dia couple dengan perempuan itu untuk kemegahan, bangga nak tunjuk kat orang yang diri tu ada awek cun atau mungkin untuk dapatkan tubuh badannya. Nak puaskan nafsunya. Berjumpa atau dating untuk memuaskan nafsu, na’uzubillahi min zalikh. Kalau begitu hubungan tersebut jatuh ke peringkat rakan.

 Betul tak? Jadi jelas couple bukanlah hubungan baru yang istimewa. Cuma manusia salah faham dengan menganggap ia hubungan yang istimewa. Couple berasal dari perkataan orang inggeris jadi definisi maksudnya mestilah daripada kehidupan orang barat. Jadi tidak mustahil hubungan couple pada meraka berpegangan tangan, sex dan sebagainya. Orang yang bercouple mesti mengikutinya. Dan tak mustahil ia menjadi hukum haram.

CINTA pula berhubungkait dengan perasaan. Jadi definisinya hendaklah melihat dari sudut perasaan manusia. Bagaimanakah manusia menaruh perasaan terhadap seseorang? Kenapa manusia boleh jatuh cinta? 

Saya mendefinisikan cinta sebagai suatu perasaan yang lahir dalam diri manusia apabila dia sayang orang lain melebihi dirinya. Jadi cinta bermaksud sanggup berkorban. Manusia boleh jatuh cinta apabila dia mengenali sesorang itu lebih banyak dari sudut kelebihan berbanding dari sudut kekurangan atau keburukannya. Apabila manusia pertama kali berjumpa, perkara pertama yang mereka akan kenali adalah paras rupa. Oleh sebab paras rupa yang menawan, manusia sudah melihat kelebihan yang terawal berbanding kelemahannya. 

Oleh itu wujud cinta pandang pertama. Tetapi awas cinta ini biasanya dipengaruhi oleh nafsu. Cinta yang tidak dipengaruhi nafsu apabila dia melihat ke atas seseorang itu, dia melihat kebesaran Allah swt. Kecantikannya mengingatkan kepada yang menciptakannya. Dan kemudian apabila kita mula berkawan, mula mengenalinya maka kita tahu akan baik buruknya yang sebenar.

 Cinta tidak memerlukan balasan. Kita berasa gembira apabila melihat orang yang kita cinta itu bahagia walau bukan bersama dengan kita. Kita ambil berat tentang dirinya. Kita boleh bercinta dengan seseorang walaupun tidak menjalinkan hubungan khas dengannya atau walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya. Contohnya cinta pada Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. cinta inilah yang dididik didalam Islam. Cinta memerlukan pertimbangan akal. Cinta bermasalah apabila akal memberi markah yang lebih kepada sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap sifat dan ciri-cirinya.

 Contohnya seseorang itu mempunyai banyak keburukan dan kejahatan, tetapi disebabkan kecantikannya maka dia jatuh cinta padanya. Kesimpulannya cinta itu asalnya adalah suci kerana ia di ajar oleh Allah s.w.t, tetapi kesucian cinta akan terpelihara hanya dengan iman dan akal, dan awas cinta akan kotor dengan maksiat apabila dipengaruhi dengan nafsu.



JODOH pula adalah ketetapan Allah s.w.t atau lebih dikenali sebagai takdir. Allah s.w.t lebih mengetahui pasangan mana yang sesuai untuknya. Contohnya seperti yang disebut dalam surah An-NUr lelaki baik untuk wanita baik. Jadi untuk memastikan jodoh kita adalah yang terbaik maka diri sendiri perlulah menjadi baik terlebih dahulu…(“,)




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wasiat Rasulullah Kepada Wanita...



Selamat petang korang... thnkz dh bce entry Nurul yg x seberapa nie...
Wanita............
Mereka inilah yang Allah ciptakan dengan kelembutan.....
Tetapi Allah perkuatkan mereka untuk berjuang melahirkan ank dan menyusukan anak...
Yup tol tu... Wanita merupakan seseorang yang tinggi darjatnya...
Wanita solehah... spe yg x nk kan? idaman setiap llki...
Perkara yg tiada bndingannya dri perhiasan dunia nie... tengok hadis bawah nie



memang menjadi seorang wanita solehah bukan senang... Dan tidak susah kaalu kita mencuba menjadi wanita yg solehah kn?

Ok, jom kite tngok ape wasiat Rasulullah S.A.W kepada wanita:

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelikan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan kehendak tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelikan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Apabila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman shurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 syurga. Allah mempermudahkan sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bahagian dari taman shurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi siratal-mustaqim dengan selamat.

Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia
Jadilah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, karena dirimu adalah tiang negeri ini...






Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, March 16, 2013

Bilakah Kita Diharuskan Mengumpat?

Hari nie Nurul nk kongsi siket pasai ngumpat nie..
hehe.. Nurul yakin, mmng kat luar sne asyik ngumpat je.. termasuk Nurul sndiri naaa.....
Udah jadik kebiasaan ... hohoo..
Tapi x salah kn kalau kite nk berubah...
Inshaa Allah 1 day, kite akn diberi hidayah dan petunjuk-Nya.....
Tapi xkan lha dlm hukum agama mmng xleh ngumpat kot.. yeah!
ade!!!!! mmng ade.. tpi cume ade 6 je... Menurut imam al-Ghazali.....
tngok hadith dibawah!

Antara situasi2 tersebut ialah:

1) Mengadu kezaliman dan pengkhianatan berlaku.

2) Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang)

3) Meminta Fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah S.A.W tentang suaminya yang kedekut

4) Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada. Terdapat tiga golongan manusia yang seandanya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat, iaitu pemimpin yang zali, ahli bidaah dan seorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan

5) Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu.
Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya

6) Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina, dan sebagainya. Tetapi jika melakukannya secara bersembunyi, maka tidak harus menyebut tentang mereka..




Walau bagaimanapun, enam situasi ini mestilah dikawal dengan keadaan "al-dararu tuqaddaru bi qadariha" yang bermaksud setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja. Ini bermakna sekiranya tidak disebut nama seseorang,maka lebih baik. Tetapi sekiranya tidak disebut secara khusus menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan, maka bolehlah menyebut nama. Perbuatan itu masih dikira mengumpat... Tetapi hukum dia harus....



Harap korang paham ape isi kandungan.. Woo.. penat menaip... hehe...
thnkz dh baca.. :')

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Malaikat Mendoakan Seseorang Khatam Al Quran(POSTER)


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Mencintai Allah (POSTER)





Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Thursday, March 14, 2013

10 Rasa Was2 Dalam Solat


Selamat korang... Hari nie Nurul nk sebarkan 1 dakwah.. hehe...

Aih.. siapa je yg x pernah diganggu oleh syaitan time solat kan.....
Tu kan sume mainan syaitan...
Jadik kalau kite tauw nie, jom kite ubah sama2...

Hehe



Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8)Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, March 10, 2013

Segmen Bloglist 24 Jam



Tadi Nurul jenjalan, berlari berjogging, merangkak....

Tiba2 Nurul terlihat segmen nie... Aku Penghibur.. hohoo... Ape lagi, Nurul join ar.. 



Hohohoo.. Ape lagi, Korang join ar....

Peace! Syaratnye mudah sajaaaa...




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, March 9, 2013

Nabila Medan Cari Bloglist..






Klik Banner ye... :D




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Friday, March 8, 2013

10 Freebies Pray For Lahad Datu

kalau korang tengok kat Sabah..... Ramai pejuang2 tanah air kite yang terkorban kat Lahad Datu...
Hari nie tnpa pembuang membuang mase lagi, Nurul mempersembahkan...............

TADAAAAAAAA...........

Freebies nie untuk diletakkan dekat side blog korang.....

Walaupun kite x mampu untuk pergi bertaruh nyawa untuk memperjuangkan negara, tpi kita mampu bertaruh nyawa untuk berdoa untuk keselamatan tentera2 kita di sana......

Mungkin dengan bantuan doa bersama dpt menyelamatkan diorang.. tol tak.. huuhu.....


Jangan malu2 ek..Ambek ar salah satu.. Nurul kreditkan kat Wan Hazel sbb Nurul ambek idea dia.. hohoo...
law sape2 nk tahu Punca Lahad Datu Diserang KLIK SINI

 <div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://3.bp.blogspot.com/-x7py3UWJ4ko/UTqgWuszvyI/AAAAAAAACUY/9guS7TLqIqY/s1600/lahad+datu1.png"  /></a><br /></div><br> 


<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://1.bp.blogspot.com/-HrtpimX7vzw/UTqgXbmrbFI/AAAAAAAACUg/zgFa9ryC4-Y/s1600/lahad+datu2.png"  /></a><br /></div><br> 

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://4.bp.blogspot.com/-8pK1Uq_a77E/UTqgXxEZylI/AAAAAAAACUo/wloJiBoICXQ/s1600/lahad+datu3.png"  /></a><br /></div><br> 


<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://2.bp.blogspot.com/-WCMBI2LvNRo/UTqgYGFo_7I/AAAAAAAACUs/93CzUGbHwiE/s1600/lahad+datu10.png"  /></a><br /></div><br>  

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://2.bp.blogspot.com/-N9-rx1xxuoQ/UTqgYVS7nhI/AAAAAAAACU0/TjpY6EdYXgQ/s1600/lahad+datu4.png"  /></a><br /></div><br> 


<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://2.bp.blogspot.com/-A88glHob9Ho/UTqgZT0dXBI/AAAAAAAACVA/PDEd-iSK95g/s1600/lahad+datu5.png"  /></a><br /></div><br>  

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://2.bp.blogspot.com/-BNur39W9jZY/UTqgZd3npjI/AAAAAAAACVE/438ofxszkNE/s1600/lahad+datu6.png"  /></a><br /></div><br> 


<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://1.bp.blogspot.com/-2NzKUc4zxno/UTqgZyA7fpI/AAAAAAAACVQ/imcB4PPEiOI/s1600/lahad+datu7.png"  /></a><br /></div><br> 


<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://4.bp.blogspot.com/-1tladeg5fQw/UTqgaAlbT0I/AAAAAAAACVY/N3HnYbbsRh0/s1600/lahad+datu89.png"  /></a><br /></div><br>  

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:10px; left:-12px;'><br> <a class='' href='http://strawberriycoklat.blogspot.com/2013/03/10-freebies-pray-for-lahad-datu.html' style='margin-left:  1em; margin-right: 1em;' title='Get this'><img border="0"width=""  height=""  src="http://3.bp.blogspot.com/-dBgcvlGn74Q/UTqgaopbCrI/AAAAAAAACVg/IwwaSNaRlGo/s1600/lahad+datu8.png"  /></a><br /></div><br> 

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, March 6, 2013

Punca Lahad Datu Diserang



Selamat petang kengkawan sume ye.....  Korang tau kan nape lahad Datu diserang n kenapa kene serang dengan serangan yang menyerangkan kepada sesiapa yg kene serang.......
hoho ^^ Nurul pun actually x berapa nk faham... knape si Filifinne tu serang Sabah... Kenapa baru sekarang.?? Ape yg tak puas hati si Filifiiinee tu serang Sabah.....

Nurul ade lha jugak ilmu sejarah thun lpas... Walaupun Nurul nie seorang yang buta sejarah walaupun duduk kat Melaka... Hahaha.. Ok STOP!! xD
Kepada sesiapa yang tak thu lagi ape yg tak puas hati dengan Filifinee kt Sabah, leh lha bace post Nurul nie ek... (Bukan korang dh bce ke) xpe2, Sape2 yg dh tahu lagi Nurul galakkan membacanya... 



Before that, Jom kita Aminkan doa nie...
"Ya Allah selamatkanlah para pejuang Malaysia..... Bantulah kami Ya Allah"Amiin Ya Rabb....

Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ianya telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 16 Sept 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah sekian lama "menyepi" dan kini "Baginda" secara "tiba2" telah memunculkan bersama para pengikutnya atau lebih dikenali sebagai "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada 22 Januari 1878 di Istana Sultan Sulu, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian (bertulis) dengan William Cowie iaitu wakil daripada Syarikat Borneo Utara British (BNBC) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada BNBC tetapi dengan syarat, Baginda hendaklah diberi perlindungan daripada ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina (namun ketika penghujung tahun 1700, kesemua saki baki wilayah jajahan takluk Kesultanan Sulu telah diserahkan kepada Sepanyol) BNBC juga telah membayar wang pampasan kepada Sultan Sulu pada ketika itu. Ianya jelas bahawa kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan tidak ada sebarang unsur PAKSAAN atau TIPU HELAH. Kemudian diakhirnya, pentadbiran Sabah telah diserahkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pihak British untuk ditadbir (Ianya berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir). Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar Sultan Sulu ketika itu masih mempunyai "HAK" di Sabah dan betul2 SAYANGKAN negeri Sabah (sebagai seorang Sultan), pernahkah Baginda berusaha untuk menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan Tentera Jepun??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri (tempat dimana Sultan Sulu ketika itu telah bersemayam) juga telah dijajah oleh Jepun. Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintah Baginda di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Akhirnya perbuatan itu memakan diri apabila waris keturunan Sultan Sulu terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989, kerajaan Filipina akhirnya telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar USD5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" merasakan dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (CC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!!

...sejarah yang telah dilupakan...


#copy paste... 
K ar , smpai sini je.. Papai!! thnkz dh bce.....



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, March 3, 2013

Inilah Diriku








Assalamualaikum....

Nie sedikit biodata tuan punya blog ceritanurulcahaya nie...

Haaa, 

1) Siapakah Nurul Cahaya??
- Nurul Cahaya merupakan nama timangan a.k.a nama manja dalam keluarga... Gelaran "Nurul" sering digunakan sejak kecil lagi.. Namun, ada juga orang panggil aku dengan nama Mutoharah... Yaaa... Itu jarang la orng pnggil.. Biasanya cikgu yang panggil nama aku.... 

Aku digelarkan dengan gelaran "kakak" dalam rumah nie ha.. Sebab aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik.. Aku sorang je perempuan....

2) Kenapa Nurul Cahaya??
- Cahaya tu dalam Bahasa Arab tu Nur... Hihi, So, Nurul pun bererti "cahaya" So, when combined together gether jadik lah Nurul Cahaya... Cahaya Cahaya la meaning dia hahahaaha...

3) Pendidikan Awal

-Aku masuk tadika sejak umur aku 5 tahun lagi... So, 2 tahun aku tadika... Tadika aku dekat Tadika Jaim Peringgit...
Nama guru kelas aku time umur 5 tahun cikgu Fauziah umur 6 tahun pula cikgu Aisyah... Haaa, ingat lagi rupanya! Hahahaa...
FYI, aku seorang yang pendiam dekat sekolah tadika nie... Sampaikan nak gi toilet woo, aku menangis.. Bayangkan la muka aku nak mintak cikgu gi tandas.. Hahahaa... Aku pernah jatuh longkang time tadika 5 tahun sampai berdarah oo... Terkoyak kot.. Still aku kuatkan hati tak nangis tak bagitau cikgu... Balik rumah baru aku melalak hahahaa....

Bukan dengan cikgu je aku pendiam nak bgitau.. Dengan mak aku pun aku tak bagitau... Kisahnya mcm nie, mak aku ambek aku dari tadika naik basikal.. Dalam perjalanan naik basikal tu, kaki aku terkepit dekat jejari basikal.. Sampailah kaki aku patah dekat jeajri basikal tu aku baru menangis ... Hahahaa, rupe2nya kaki aku time tersepit tu aku tak bagitau kat mak aku.. Hahahaa.. kuat tak aku? Peacee!!

Aku dapat pendidikan tadika dari tahun 2000-2001

4) Pendidikan Sekolah Rendah

-Aku start masuk sekolah rendah darjah 1 tahun 2002 di Sekolah Kebangsaan Peringgit.. 
Well, time aku darjah 1 ada seorang cikgu nie, dia kata dia nak masuk balik sekolah situ .. Tapi smpai seakrang dia tak masuk lagi.. Huhu nama cikgu tu cikgu Robiah... Cikgu kat manaa!!!!! huhu
Aku sekolah rendah daripada tahun 2002-2007

2007 time UPSR aku dapat 1A je? hahahaa... 
Aku nie dikenali seorang yang comot a.k.a selekeh time sekolah rendah nie woo... Comot sana comot sini tapi aku still kiut! (Sila muntah)... And pada waktu petang aku belajar pulak sekolah agama sejak darjah 1 sampailah darjah 6 kat sekolah Sekolah Rendah Agama Jaim Peringgit... Aku batch pertama yang masuk sekolah tu... Time aku darjah 1-3 tumpang sekolah lain... Bila siap sekolah agama baru tu, batch aku yang pertama masuk hehe...


5) Pendidikan Tahfiz

- Aku pernah buat tahfiz part time Sabtu Ahad selama 3 tahun .. daripada tahun 2007-2009 

Alhamdulillah, situ la aku dapat menimba ilmu sikit2 fardhu ain fardhu kfayah sikit2 huhu... Sebenarnya sampai 6 tahun baru dapat sijil tahfiz .. tapi sbb masalah kewangan terpaksalah berhenti... Alhamdulillah jugak, setiap kali peperiksaan result "mumtaz"

6) Pendidikan Menengah

- Time form 1 sampai form 5 (2008-2012)  aku bersekolah di SMK Tun Tijah.. Merupakan sekolah paling mantopp (sangat) dengan attitide murid2 situ .. hahahaaa.... Aku pernah menjawat jaawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber yang tak bertauliah sejak daripada tingkatan 1-tingkatan 5 kat sekolah tu...

Aku pernah dilantik sebagai AJK Pandu Puteri masa form 2, AJK pusat sumber masa form 4 dan Pengerusi masa form 5... Dan semuanya tak bertauliah hahahaha...(kot?)

Dengan result PMR aku yang tak cantik sangat, aku ditawarkan masuk aliran sains time SPM tu... Agak kena kejutan jugak sebab semua budak pandai2 kat kelas sains tu... Dan result SPM aku pun tak cantik hahaha.... 

7) Pendidikan Pra Universiti

-Ok, last sekali aku decide lepas SPM nie aku ambek je form 6.. Kikiki.. Ok la kan, jimat duit belanje semua, makan minum semua pakai duit sekolah maaaa... Time aku masuk je form 6 aku dilantik sebagai Penolong Ketua Unit Kokurikulum Tingkatan 6.. Entah cmner boleh dpt ==''

Alhamdulillah, form 6 nie banyak anugerah yang dpt (sangat)... Antaranya, kehadiran penuh 100% (first time dapat) hahahaa, anugerah melukis poster dan melukis potret, anugerah pelajar cemerlang STPM 2014... =,='  Aku harap dapatlah sambung degree pasnie, Insya Allah ...Amiin...

Pendidikan Ijazah Sarjana Muda

Sekarang aku ditempatkan di Universiti Utara Malaysia dan buat ijazah pada tahun 2015 (First Intake). Sikit lagi cita2 nak tercapai. Insya Allah aku akan buat yang terbaik sepanjang pengajian ini. Try do the best dapatkan first class degree dan anugerah diraja. Mana tau rezeki kan. Hope my dream will b come true. 

8) Latar belakang keluarga

- Aku seorang yang lahir terus Islam tetapi bangsa dan keturunan cina .. Non Bumiputera...

Raya Aidilfitri tak ada raya sangat pun .. Just berkunjung rumah kawan2 ibu and kawan2 aku je... Aku tak ada saudara melayu kat sini :'( Ibu pula merupakan seorang perantau dari Jawa Barat... Thats why kat sini semua sedara cina jew... Raya cina aku dpt la bnyk angpao kikiki

9) Harapan

-Macam tak ada je nak cakap apa2 harapan hahahaa....

10 ) Itu sahaja :P







Dah Bace Tu Try Komen Pulak