Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Saturday, March 16, 2013

Bilakah Kita Diharuskan Mengumpat?

Hari nie Nurul nk kongsi siket pasai ngumpat nie..
hehe.. Nurul yakin, mmng kat luar sne asyik ngumpat je.. termasuk Nurul sndiri naaa.....
Udah jadik kebiasaan ... hohoo..
Tapi x salah kn kalau kite nk berubah...
Inshaa Allah 1 day, kite akn diberi hidayah dan petunjuk-Nya.....
Tapi xkan lha dlm hukum agama mmng xleh ngumpat kot.. yeah!
ade!!!!! mmng ade.. tpi cume ade 6 je... Menurut imam al-Ghazali.....
tngok hadith dibawah!

Antara situasi2 tersebut ialah:

1) Mengadu kezaliman dan pengkhianatan berlaku.

2) Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang)

3) Meminta Fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah S.A.W tentang suaminya yang kedekut

4) Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada. Terdapat tiga golongan manusia yang seandanya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat, iaitu pemimpin yang zali, ahli bidaah dan seorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan

5) Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu.
Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya

6) Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina, dan sebagainya. Tetapi jika melakukannya secara bersembunyi, maka tidak harus menyebut tentang mereka..




Walau bagaimanapun, enam situasi ini mestilah dikawal dengan keadaan "al-dararu tuqaddaru bi qadariha" yang bermaksud setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja. Ini bermakna sekiranya tidak disebut nama seseorang,maka lebih baik. Tetapi sekiranya tidak disebut secara khusus menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan, maka bolehlah menyebut nama. Perbuatan itu masih dikira mengumpat... Tetapi hukum dia harus....



Harap korang paham ape isi kandungan.. Woo.. penat menaip... hehe...
thnkz dh baca.. :')

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: