Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, March 3, 2013

Inilah Diriku








Assalamualaikum....

Nie sedikit biodata tuan punya blog ceritanurulcahaya nie...

Haaa, 

1) Siapakah Nurul Cahaya??
- Nurul Cahaya merupakan nama timangan a.k.a nama manja dalam keluarga... Gelaran "Nurul" sering digunakan sejak kecil lagi.. Namun, ada juga orang panggil aku dengan nama Mutoharah... Yaaa... Itu jarang la orng pnggil.. Biasanya cikgu yang panggil nama aku.... 

Aku digelarkan dengan gelaran "kakak" dalam rumah nie ha.. Sebab aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik.. Aku sorang je perempuan....

2) Kenapa Nurul Cahaya??
- Cahaya tu dalam Bahasa Arab tu Nur... Hihi, So, Nurul pun bererti "cahaya" So, when combined together gether jadik lah Nurul Cahaya... Cahaya Cahaya la meaning dia hahahaaha...

3) Pendidikan Awal

-Aku masuk tadika sejak umur aku 5 tahun lagi... So, 2 tahun aku tadika... Tadika aku dekat Tadika Jaim Peringgit...
Nama guru kelas aku time umur 5 tahun cikgu Fauziah umur 6 tahun pula cikgu Aisyah... Haaa, ingat lagi rupanya! Hahahaa...
FYI, aku seorang yang pendiam dekat sekolah tadika nie... Sampaikan nak gi toilet woo, aku menangis.. Bayangkan la muka aku nak mintak cikgu gi tandas.. Hahahaa... Aku pernah jatuh longkang time tadika 5 tahun sampai berdarah oo... Terkoyak kot.. Still aku kuatkan hati tak nangis tak bagitau cikgu... Balik rumah baru aku melalak hahahaa....

Bukan dengan cikgu je aku pendiam nak bgitau.. Dengan mak aku pun aku tak bagitau... Kisahnya mcm nie, mak aku ambek aku dari tadika naik basikal.. Dalam perjalanan naik basikal tu, kaki aku terkepit dekat jejari basikal.. Sampailah kaki aku patah dekat jeajri basikal tu aku baru menangis ... Hahahaa, rupe2nya kaki aku time tersepit tu aku tak bagitau kat mak aku.. Hahahaa.. kuat tak aku? Peacee!!

Aku dapat pendidikan tadika dari tahun 2000-2001

4) Pendidikan Sekolah Rendah

-Aku start masuk sekolah rendah darjah 1 tahun 2002 di Sekolah Kebangsaan Peringgit.. 
Well, time aku darjah 1 ada seorang cikgu nie, dia kata dia nak masuk balik sekolah situ .. Tapi smpai seakrang dia tak masuk lagi.. Huhu nama cikgu tu cikgu Robiah... Cikgu kat manaa!!!!! huhu
Aku sekolah rendah daripada tahun 2002-2007

2007 time UPSR aku dapat 1A je? hahahaa... 
Aku nie dikenali seorang yang comot a.k.a selekeh time sekolah rendah nie woo... Comot sana comot sini tapi aku still kiut! (Sila muntah)... And pada waktu petang aku belajar pulak sekolah agama sejak darjah 1 sampailah darjah 6 kat sekolah Sekolah Rendah Agama Jaim Peringgit... Aku batch pertama yang masuk sekolah tu... Time aku darjah 1-3 tumpang sekolah lain... Bila siap sekolah agama baru tu, batch aku yang pertama masuk hehe...


5) Pendidikan Tahfiz

- Aku pernah buat tahfiz part time Sabtu Ahad selama 3 tahun .. daripada tahun 2007-2009 

Alhamdulillah, situ la aku dapat menimba ilmu sikit2 fardhu ain fardhu kfayah sikit2 huhu... Sebenarnya sampai 6 tahun baru dapat sijil tahfiz .. tapi sbb masalah kewangan terpaksalah berhenti... Alhamdulillah jugak, setiap kali peperiksaan result "mumtaz"

6) Pendidikan Menengah

- Time form 1 sampai form 5 (2008-2012)  aku bersekolah di SMK Tun Tijah.. Merupakan sekolah paling mantopp (sangat) dengan attitide murid2 situ .. hahahaaa.... Aku pernah menjawat jaawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber yang tak bertauliah sejak daripada tingkatan 1-tingkatan 5 kat sekolah tu...

Aku pernah dilantik sebagai AJK Pandu Puteri masa form 2, AJK pusat sumber masa form 4 dan Pengerusi masa form 5... Dan semuanya tak bertauliah hahahaha...(kot?)

Dengan result PMR aku yang tak cantik sangat, aku ditawarkan masuk aliran sains time SPM tu... Agak kena kejutan jugak sebab semua budak pandai2 kat kelas sains tu... Dan result SPM aku pun tak cantik hahaha.... 

7) Pendidikan Pra Universiti

-Ok, last sekali aku decide lepas SPM nie aku ambek je form 6.. Kikiki.. Ok la kan, jimat duit belanje semua, makan minum semua pakai duit sekolah maaaa... Time aku masuk je form 6 aku dilantik sebagai Penolong Ketua Unit Kokurikulum Tingkatan 6.. Entah cmner boleh dpt ==''

Alhamdulillah, form 6 nie banyak anugerah yang dpt (sangat)... Antaranya, kehadiran penuh 100% (first time dapat) hahahaa, anugerah melukis poster dan melukis potret, anugerah pelajar cemerlang STPM 2014... =,='  Aku harap dapatlah sambung degree pasnie, Insya Allah ...Amiin...

Pendidikan Ijazah Sarjana Muda

Sekarang aku ditempatkan di Universiti Utara Malaysia dan buat ijazah pada tahun 2015 (First Intake). Sikit lagi cita2 nak tercapai. Insya Allah aku akan buat yang terbaik sepanjang pengajian ini. Try do the best dapatkan first class degree dan anugerah diraja. Mana tau rezeki kan. Hope my dream will b come true. 

8) Latar belakang keluarga

- Aku seorang yang lahir terus Islam tetapi bangsa dan keturunan cina .. Non Bumiputera...

Raya Aidilfitri tak ada raya sangat pun .. Just berkunjung rumah kawan2 ibu and kawan2 aku je... Aku tak ada saudara melayu kat sini :'( Ibu pula merupakan seorang perantau dari Jawa Barat... Thats why kat sini semua sedara cina jew... Raya cina aku dpt la bnyk angpao kikiki

9) Harapan

-Macam tak ada je nak cakap apa2 harapan hahahaa....

10 ) Itu sahaja :P







Dah Bace Tu Try Komen Pulak

1 Orang Suke Pink:

vanillasnow said...

Salam Ukhuwwah Nurul :)
semoga cita-cita yang diimpikan tercapai suatu hari nanti..insyaAllah ~ :D