Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, March 3, 2013

Petua Mencari Calon Suami Yang Soleh






Salam and selamat petang buat semua.... Entry kali nie mnyayat hati betul kan... hahahaaa.... BTW, Hari nie Nurul nk kisahkan pasal suami yang soleh...

Amboi22... terjojolbeliak  bijik mate tu.. hoohoo...

ea ar.. sape ar x nak kawen kan... Cume tunggu masenye je.... Bile die nk smpai... And siapakh die sebenarnya..... Same ade die tu kite knl ke, sme ade die tu orng yg kite syg ke, kite bnci ke... Erm.. Mane lha kite tauw kan.... Nie sume rahsia Allah..... kan kan.. hehee....

Bagi Nurul, kalau nk carik yg soleh/solehah tu, kite sendiri kene jadik yg soleh/solehah dulu..... Bru lha Allah jodohkan kite dengan orng yg soleh/solehah gk......
Tapi kalau ade orng yg soleh/solehah, yg baik akhlaknya dtng untuk dijadikan pasangan..Jangan ditolak tw...

Seperti hadith rasulullah S.A.W:
“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha ... Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas"


Ok, terbalik  berbalik pada cerita tadi...... 
Petua mencari calon suami yang soleh... hehe

Pilih yang baik dan beragama
Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.

Cari yang sabar dan penyayang
Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.

Jangan nilai pada rupa
‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.

Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.

Hormat orang tua
Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

Cari yang boleh mendengar dan mendidik
Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.

Lihat pada keluarga dia
Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.

Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.





Ok ye korang... Sape yang kat luar tu nak pilih jodoh, ambek ar tips nie.... Tips nie pun untuk kite jgk... Perempuan kene crik tol2... Lelaki pon sme gk.... Tpi lelaki kalau x dapat crik isteri yg terbaik diorng leh kawen lgi 1... kan.. huuuhuuu.. Perempuan nie kene TEPAT, JITU, MUTAKHIR lagi TEPAT(dh ckp td) hahaa...

K ar, papai korang... Thnkz dh bace entry Nurul yg nie... hehee


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

1 Orang Suke Pink:

linda ramli said...

baru faham,, nice entry, ini satu tips,
#suami yg baik untuk isteri yang baik, dan sebaliknya~
btw, all the best untuk result spm ni, doakan sye jugak :)