Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Monday, July 15, 2013

HOBI: Lukis Gambar Potret



Assalamualaikum sume.....
Hari nie Nurul nak kongsikan sikit tentang potret yang Nurul dah lukis....
Nie lah hobi Nurul time bosan....

Errr, Nurul siapakn poster nie lebih kurang dalam 30-40 minit... (lama kan) hahaa....

Eh? korang tau tak sapa yang Nurul lukis tu?
Ohyeaaa~ itulah Jackie Chan  time dia muda2 dulu...

eh Jackie Chan? No lah, tu pic ayah Nurul time umur dia muda2 dulu..... Tak tau lak umur dia berapa tahun.... Dia ada pic time mumuda dulu, So Nurul kidnap pic dia untuk melukis...

Dah tak doo koje meh.... Wat lah potret :3

Actually, Nurul masih bertatih-tatih lagi dalam dunia melukis potret nie...
Yela, Nurul just melukis time masa lapang je...
kalau time bz??
Insya Allah, hehheehee....

K lah,kalau sapa2 nak tempah, bayar seribu ringgit je, hahaa!!kidding je...

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, July 13, 2013

Hembusan Rindu




Aku melihat dia nun jauh disana,
Kedengaran sayup redup wajah dirinya
Kerana ku tidak punya apa....

YA ALLAH,
Kau hadirkan perasaan ini tanpa ku duga...
Kau hadirkan dia dalam hidupku...
Meski hanya Kau sahaja yang tahu
Betapa kasihnya ku terhadap dia...

Kerana batasan yang kau pisahkan...
Kerana batasan...

Ini menjadi benteng hidupku untuk mengejar cintaMu YA ALLAH!
Namun, ku memanjatkan kesyukuran
Terima kasih Ya Allah,
Kerana Kau hadirkan dia...

Meski dia tidak akan perasan erti kewujudanku dalam hidupnya..
Namun sentiasa ku mengingatinya di gawang mindaku....

Ku mengerti..
Kerana aku pernah salah untuk memberi hati ini...
Namun kali ini
Untuk kedua kalinya..
Aku mohon supaya kalau dia bukan untukku...
Kalau aku salah untuk memberi hatiku pada dia,
Ku mohon agar Kau mencabut balik perasaan ini...

Kerana ku masih bisa bertahan...
Hanya doa yang mampu aku panjatkan...
Kerana Kau lebih mengetahui perasaan ini.....

Meskipun dia tidak tahu 
Meskipun dia tidak pernah berasa kewujudanku dalam hidupnya.....
Hanya mampu tersenyum :)

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, July 10, 2013

Perkara2 Yang Membatalkan Puasa






Alhamdulillah...
Bersyukur kita kehadrat Allah
Kerana Dia telah memanjangkan umur kita....
Untuk menunaikan ibadat puasa nie...
ALHAMDULILLAH....


Eh? korang pose x nie? hehehe.. Harap2 yang leh pose tu pose lah ea...

Ok, walaupun kita pose, kite kene tau tau perkara2 yang membatalkan pose.....
Yang nie Nurul ambek soalan kat google je, heheheee..
Untuk kita jugak kan... tak salah kalau copy paste bnda yang baik kan...... hohooo


Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan 
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun 
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 
- Muntah dengan sengaja 
- Mengeluarkan air mani 
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 
- Menjadi gila 
- Pitam sepanjang hari 
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam 

Soalan: Kalau kita dengar lagu ke radio ke guna earphone batal x puasa?

Jawapan: xbatal kerana earphone tu tak mengenayangkan.... Macam letak eye mo ataupun suntikan... Kecuali suntikan bagi glucose (kerana glucose akan memberikan tenaga sperti makanan)... Suntikan glucose boleh membatalkan puasa....


Soalan2 lain:

1) Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya 
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh 
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub. 

2. Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang 
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi 
junub tersebut membatalkan puasa saya? 
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan 
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air 
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak 
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang 2
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa 
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani) 

3. Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air 
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah 
kebenaran pendapat ini? 
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah 
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan 
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang 
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, 
maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 19). Samalah keadaannya jika 
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam 
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang 
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam 
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal. 

4. Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan 
sukan renang? 
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga 
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa 
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa 
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan 
dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 20) 

5. Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) 
ketika berpuasa? 
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam 
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti 
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, 
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan 
tidak membatalkan puasa. 

6. Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini 
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan 
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

7. Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu 
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. 
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan 
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga 
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak 
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana 
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak 
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda 
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan 
hidung di waktu malam. 

8. Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa? 
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak 
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga 
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani 
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, July 6, 2013

Pandangan Aku Dengan Tingkatan6





Ya itu muka Nurul time tingkatan 6.....

Ok, sebelum tu, Nurul memang x sangka lah akhirnya Nurul msuk form6...
Yeah~ sbb cita2 Nurul pas SPM ialah sambung diploma dengan kos Multimedia @ seni grafik....
Minat giler kot ngn subjek tu... Huhuhuuuu


Oleh kerana Nurul xdapat U kerajaan malah Poli pun xpat, Nurul pernah bertekad nak msuk swasta....
Nangis2 tau nak ambek kos nie, yela dah minat yang mendalam sanga sangat sangat sangattttttt!!

Tapi Nurul pun mintak pendapat kengkawan yang rapat ngn nurul dan juga bantuan Allah untuk memudahkan sesuatu perkara...

And, mumule hampeh apabila diorang ckp, "MASUK JE TINGKATAN6"

Sbb, Nurul actually pandang rendah gk mumule tentang form6... Yerla, dah lah susah pastu kena pakai baju sekolah laa, terikat dengan peraturan sekolah la..
And bila Nurul kaji2 balik sebenarnya tingkatan 6 nie taraf dia lebih tinggi berbanding dengan student DIPLOMA dan MATRIKULASI...

Susah?
YE! mumule Nurul masuk kata form6 nie susah, form6 nie susah, mampukah aku skip? mampukah aku belajar laju? mampukah aku????

Sebenarnya tak lah susah mana pun lah!!
Wat Nurul takut je time masuk tu....
Yela, Cuz Nurul xnak kejadian ambek kos aliran sains akan berulang...
Bila Nurul pikir2 balik,time SPM tu Nurul study mcm tu cmm tu je.... Thatz why result sc biasa2 je...
Pastu Nurul bandingkan ngn owng lain....
Ye, "sebenarnya aku boleh belajar"

Nurul ada tngok kat Internet, cmm ne nak "UP" kan diri kita balik....
Dengan cara cmner kita leh raih kejayaan...

Nurul listkan cmner nurul leh raih kejayaan.. Subjek yg Nurul dpt A, Nurul study keseluruhan subjek tu nak 2 ke 3 blan nak pekse baru Nurul tekankan kat subjek tu.. And ada subjek yang Nurul xpenah hafal pun topik tu n ada yg besok tu nak pekse baru belajar topik tu.....

Ada jugak subjek lain, Nurul x belajar langsung... And cikgu Nurul x pernah ngajar.... ya~ truk kan?
Tapi nape Nurul leh meraih kejayaan??

Ye! kalau lah Nurul study dari awal msuk sekolah, mesti dh dpt banyak A....

Itulah perkara yang terngiang2 kat kepala Nurul, yang sebenarnya Nurul leh buat.....
Dan kalau study hard lagi  untuk subjek form6, insya Allah leh capai target....

Sebenarnya dulu Nurul jeluz tngok kawan Nurul dia lebih dripd Nurul....
Dia x study pun leh dpt markah lebih dripd nurul...
N, Nurul baru sedar, sebenarnya kalau nak berjaya jngan tngok mcm tu, tpi tngok usaha dia..
Bukan tngok ke-genius-an dia....
Ada orng sekali je leh tngkap dan leh lekat...
tpi kita beza2 kan??? Nurul lak bukan leh baca sekali lekat trus.. tak....

Jadik kita sama je..... Insya Allah dengan usaha dan tawakkal kpd Allah, kita leh raih kejayaan tersebut....

"MAN JADDA WAJADDAH"


Dah Bace Tu Try Komen Pulak