Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Wednesday, July 10, 2013

Perkara2 Yang Membatalkan Puasa






Alhamdulillah...
Bersyukur kita kehadrat Allah
Kerana Dia telah memanjangkan umur kita....
Untuk menunaikan ibadat puasa nie...
ALHAMDULILLAH....


Eh? korang pose x nie? hehehe.. Harap2 yang leh pose tu pose lah ea...

Ok, walaupun kita pose, kite kene tau tau perkara2 yang membatalkan pose.....
Yang nie Nurul ambek soalan kat google je, heheheee..
Untuk kita jugak kan... tak salah kalau copy paste bnda yang baik kan...... hohooo


Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan 
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun 
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 
- Muntah dengan sengaja 
- Mengeluarkan air mani 
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 
- Menjadi gila 
- Pitam sepanjang hari 
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam 

Soalan: Kalau kita dengar lagu ke radio ke guna earphone batal x puasa?

Jawapan: xbatal kerana earphone tu tak mengenayangkan.... Macam letak eye mo ataupun suntikan... Kecuali suntikan bagi glucose (kerana glucose akan memberikan tenaga sperti makanan)... Suntikan glucose boleh membatalkan puasa....


Soalan2 lain:

1) Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya 
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh 
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub. 

2. Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang 
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi 
junub tersebut membatalkan puasa saya? 
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan 
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air 
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak 
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang 2
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa 
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani) 

3. Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air 
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah 
kebenaran pendapat ini? 
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah 
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan 
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang 
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, 
maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 19). Samalah keadaannya jika 
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam 
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang 
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam 
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal. 

4. Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan 
sukan renang? 
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga 
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa 
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa 
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan 
dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 20) 

5. Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) 
ketika berpuasa? 
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam 
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti 
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, 
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan 
tidak membatalkan puasa. 

6. Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini 
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan 
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

7. Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu 
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. 
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan 
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga 
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak 
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana 
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak 
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda 
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan 
hidung di waktu malam. 

8. Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa? 
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak 
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga 
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani 
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: