Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, September 1, 2013

Kehidupan AKu Yang Dulu


Sebelum tu jom baca kisah nie smbil play lagu kat sini http://www.youtube.com/watch?v=UcXXpssBFVM


Dulu....
Kehidupan aku tak sama dengan yang lain...
Kehidupan aku
Aku bukan dilahirkan kaya dan anak yang berada

Aku dilahirkan dengan keluarga serba kekurangan
Pengalaman pahit mengajar aku segala2nya
Aku tahu apa itu susah
Namun, aku pasrah dan redha kerana ada orng yang lebih susah kehidupannya...

Sewaktu ke sekolah
Ayah aku hanya menghantar aku dengan menaiki basikal usang dan buruk
Dengan berbekalkan duit seringgit untuk makan pagi petang...
(Sewaktu itu sekolah agama setiap hari)
Pernah aku merungut nak dibelikan mainan
Namun ibu dan ayahku tidak memberinya
Aku hanya bermain di luar dengan pasir untuk melengkapkan kehidupanku

Pernah sekali aku merungut kerana aku ingin aku dihantar menggunakan kereta
Ayah aku hanya terpaku dan hanya berdiam
Aku sedih...
Kenapa jiran2ku ada kereta
Dan kluarga aku tidak mempunyai kereta?


Kesusahan mengajar aku erti segalanya
Aku dilahirkan sebagai seorang yang pendiam 
Pernah aku sering diejek dan dicemuh oleh rakan2ku
Aku sabar dan terus bersabar
Cemuhan itu mengajar aku erti kedewasaan dan erti keduniaan

Ya aku sedar
Bukan rakan2 sahaja
Tetapi sanak saudara dan jiran2
Turut diperlakukan seperti itu...
Cuma ada segelintir sahaja yang baik hati..

Allah...
Hanya Dia sahaja yang tahu begaimana deritanya aku diejek oleh rakan2 ku sendiri
Sedang aku bersendirian
Aku sering termenung jauh
Melihat kawan2 sedang bermain gembira di luar....
Alangkah bagusnya kalau aku ada kawan seperti mereka...
Alangkah bagusnya...

Tetapi, Allah itu maha adil...
Dia ada menghantar aku beberapa orang rakan2ku yang baik hati....

Aku hanya ada sebilangan kecil sahaja rakan2 ketika itu...

Ya Allah
Sungguh sedih ketika itu

Dulu aku ingin sangat beli burger
Sampailah sehingga ku berada di tahun 4 baru aku dapat meninkmati burger...
McD, KFC? jarang sekali....
Aku dapat merasa makanan itu semua ketika aku melangkah ke alam dewasa....

Pernah aku makan berlauk garam
Pernah aku memakai kasut dari tong sampah
Pernah aku memakai baju dari tong sampah
Pernah aku memakai barangan dari sampah
Sehingga aku sudah sebati dengan barangan buangan

Keluargaku
Aku ingat lagi
Aku sering membantu ibu dan ayahku memijak dan mengumpul tin
Hasil tersebut
Aku ingat lagi, aku dapat 60sen ke 70sen sebegitu
Ya Allah!
Hepi sngat time tu...
Aku dapat beli gula2 dan air....

Pernah aku membantu ibuku 
Jual kuih
Tepi2 jalan
Masuk kedai ke kedai
Terpaksa menahan malu
Semua orang pandang...
Allah.. Hina sngat ke aku?
Ya , aku tidak hina
AKu ingin mencari rezeki yang halal...

Aku ingat lagi
Ada sahabat baik aku ini
Selalu tumpangkan aku naik kereta
Wah!
Hepi sngat....
Tak pernah naik kereta kan???
Aku belaajr daripada dia
Cara membuka pintu kereta
Cara menutup pintu kereta
Cara membuka tingkap
Aku lagi hepi kalau ada aircond
Best sngat time tu...

Musim peperiksaan pun telah tiba
Nak pergi kedai buku
Hepi sngat
Sbb aku mmng suka ke kedai buku
Selalu je berangan jadi angkasawan
Selalu je berangan nak dpt rumah besar
Tapi aku tak pandai
Kalau pasal beli buku je
Mesti aku orang pertama yang akan masuk ke kedai buku....

Ketika keputusan UPSR diumumkan ketika itu
Result aku tak seberapa
Tapi aku bersyukur sebab aku diberi biasiswa dan bantuan baju seragam waktu itu....
Aku suka kumpul buku banyak2
Nak baca....

Tapi 
Aku tetap sebegini
Seorang yang pendiam....
Cemuhan demi cemuhan
Pernah terniat ketika itu

"Ya Allah, kenapa kau kasi aku hidup"
"Ya Allah, kenapa Kau tidak tarik nyawa aku?
"Ya Allah, aku tidak bertahan lagi hidup nie"

Namun, baru aku sedar sekarang ini
Allah beri ujian itu kerana Allah syg sngat kat aku
Allah syg sngat
Sekarang aku ingin berusaha untuk menjadi anak solehah dan hamba yang solehah untuk masa depan aku nanti....

Biarlah perkara itu menjadi kenangan pahit manis kehidupan

Dah Bace Tu Try Komen Pulak