Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Thursday, December 26, 2013

Cara Terbaik Nak Hilangkan Jerawat Korang

Sape yg tak ada masalah jerawat kan? Haa, kalau dh tumbuh jerawat tu mula lahh menjerit sana sini..
Ala, Nurul letew..... Nnti ada laa orng sebelah Nurul jadik mangsaa... Mcm ner nak hilangkan jerawat nie!!!

"Hbis cacat cela muka aku yang cunsss nie!!"
Ok sila muntah sekaranggg!

Kalau muka bebas jerawat, x lah malu nak pi mana2... Nak pi pasar ke, Tesco ke... Yg pling penting jumpa orng yg tersayang...Eheemmm..
Tau tak, ada cara yg simple nak hilangkan jerawat nie??? 


Korang toksah nk pi beli produk2 kecantikan nak hilangkan jerawat bagai...
Bagi orng yg penjimat mcm Nurul nie, sesuai rasanya nk amalkan cara tradisional... Cara nya mudahh! Tak perlu banyak modal! Cuma perlukan kerajinan untuk mengamalkankannya *Alahai.. dh mcm iklan syampu lah pulak
 
Before And After!!
Dah mcm zombi dah hakuu tengok =,=

Tapi kan, haritu Nurul pi sekodeng uncle Gugel tuh, cara2 nak hilangkan jerawat.. N kebetulan time tu Nurul ada bnyak jerawat tumbuh.. N Nurul pling x sngka, ada jerawat tumbuh ke pipi!!! Selama 18 thun Nurul hidup nie, first time tumbuh sekoq jerawat kat pipi *Terlebih jujur ke nie? ehhh

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. 

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.


Nota Kakitangan: Nurul biasanya guna ubat gigi untuk hilangkan jerawat... Biasanya sesuai untuk jerawat yg baru nak tumbuh, percaya atau tak, esok tu jerawat tu dh hilang!! Hihiiii! Bestnye
Tak perlu lah beli Krim pencuci muka....
Btw, Nurul pernah try tau sapukan sume muka Nurul dengan ubat gigi... FUh dia punya pedas muka nie.... Rasa nak tampar je... Aih~ Sabo je laa.... *terkantoilagi

Sumber : http://www.ciktom.com

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

25 Orang Suke Pink:

Anonymous said...

Ubat gigi colgate ker??

Anonymous said...

Assalamualaikum akak Nurul. Saya nak tanya , ubat gigi tuu tak kesah jenama apa pon kan! dan kalau jerawat dekat muka terlalu banyak kita kene sapu keseluruhannya ke? dan boleh ke ubat gigi ni hilangkan parut jerawat dekat muka? Terima kasih!!

Anonymous said...

kalau jerawat/parut jerawat tu banyak , maksudnya kita kene letak keseluruhan tempat yang ada jerawat/parut jerawat tu lah? betul ker kak Nurul?jenama ubat gigi tu x kesah apa pon ker?

Strawberriy COKLAT :) said...

@Anonymous Waalaikumussalam, yepz, guna ubat gigi apa2 je..... Tpi lebih bgus ubat gigi tu kite letak time jerawat bru tumbuh,.,..

Anonymous said...

Kalau jerawat yang dah lama tumbuh macam mana pulak, lambat ke nak hilang?
, terima kasih . :)

Strawberriy COKLAT :) said...

@Anonymous Huhuu, klau jerawat yg bnyak n berparut tu rasanya better gune je krim..

Aisyah said...

perkongsian yang menarik.. harap2 menjadi.. :)

Saya Nad said...

Ubat gigi tu kena amalkan hari hari eh?

Strawberriy COKLAT :) said...

@Saya Nad hehehe.. boleh je.... tpi mmng pedih ar mumule

Anonymous said...

Tankiew bagi advise harap2 lepas nie hilang aq jerawat aqu nie

Haziq Hasbi said...

Kalau banyak jerawat bu buh ubat gigi leh tak

Haziq Hasbi said...

Kalau jerawat banyak boleh kan bu buh ubat gigi

Haziq Hasbi said...

Humm

Haziq Hasbi said...

Agak2 nya hilangkan berapa hari kak nurul

Alya Diana said...


Kakak sye dah cuba....pedih gile mule2.....demi jerawat ni,,,hai sabo jelah...

Alya Diana said...


Kakak sye dah cuba....pedih gile mule2.....demi jerawat ni,,,hai sabo jelah...

Strawberriy COKLAT :) said...

@Haziq Hasbi Kalau jerawat bnyak2 tu better guna je krim hilangkan jerawat... Kalau ubat gigi nie biasanya untuk jerawat baru nk tumbuh nie, nurul sllu wat, esok tu hilang, hehe

Strawberriy COKLAT :) said...

@Alya Diana Yup, mmng mumule tu pedih giler.. Tpi lama2 okey... better pkai b4 tidur.. Besok tu nnti terkopek jerawat tu dengan ubat gigi

Anonymous said...

guna ubat gigi perasa strawberry tau.. baru leh tido ingat akak nurul..

Anonymous said...

Ok thanks

Anonymous said...

Kalau baru tumbuh 3 /4 hari tu menjadi ker???

Strawberriy COKLAT :) said...

@Anonymous Insya Allah menjadi ;)

Anonymous said...

Tq akak nurul saye dh try n menjadi!..i love you

Strawberriy COKLAT :) said...

@Anonymous Waaahhhh!!! alhamdulillah! tahniah2.. hehehe ;)

Anonymous said...

kak kalau sapu ubat gigi kat jerawat batu boleh hilang ke kak?