Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Friday, July 18, 2014

Contest Meneka Jantina Anak Merahitujambu







Ait, arinie Nurul nak join contest meneka anak merah itu jambu...

And, Nurul rasa baby gurl..
Sebab tngok dekat gmbar , kedudukan baby mcm kedudukan baby perempuan....


Haaa, dah, itu je.. mak Nurul pun pernah ajar mcmner nk teka baby berdasarkan pd perut mak dia... 

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, July 6, 2014

Tua Atau Matured????



Assalamualaikum

Semenjak umur semakin tua meningkat nie, ramai pulak yang panggil aku akak le -_- Tak kira orang tu lebih tua daripada aku ke, orang tu lg muda dripada aku ke, bahkan, orang tua pun pnggil aku akak.. Ape aku nie dah tua sngat ke... Huwaaaaaa

"Kak nak beli apa?"

"Akak nak buat mcm nie!"

"Akak comel arinie"

"Kitorang ada jual mcm2, akak nk yang mana?"

"Kitorang datang dari jauh tau kak"

"Alhamdulillah, petua tu menjadi .. Thanks kak!"



Errr, bukan kisah pnggilan "akak" tu yang aku nk sentuhkan dalam laman blog aku nih.. Tapi pnggilan "akak" yang tak tepat kat aku....

Aku bukan apa. tapi aku sensitif betul la tntng orang yang tak tahu tngok aku nie, huhuhu

Alkisah nya mcm nie

Time tu aku pgi Mydin , nak beli tuudng

Ada pokcik nie cakap

"Akak nak beli tuudng apa ea?"

Err? dalam hati aku

"Akak??? " walhal orng tu dh beruban dan berjanggut pnjgn pun le....

Huhuhuu~

Ekhemmm... Dulu orang selalu pnggil aku adik even orang tu umur bawah aku....
Yg tak boleh blaaaa bila ada orang kata aku darjah 6 ketika umur aku dalam lingkungan darjah tingkatan 4..

Hati aku berbisik

"Muka aku nie mcm budak2 ke  smpai orang tak cam aku nie pelajar sekolah Menengah??"


Muka time aku tingkatan 4... Ada tak muda sngat muka aku nie.. Hehheeee..Yaaa


And, sekarang dunia dah terbalik, orang pun dah terbalik.. Apakah muka aku semakin matured? Kih kihhhhh

Ceittt... Snagat la matured kan -_-



Tapi, 1 je la... Kebiasaannya orang yg lebih tua dripada aku akan pnggil aku akak bila aku berbaju kurung.... Mybe tu la sbb nya kot.. Kalau pkaia t shirt n seluar jin je tak ramai orang pnggil aku akak tapi ramai yg panggil cik adik maniss... Hahahaaa, ok, itu tipu
Bangla pun tak berani pnggil aku cik adik manis sbb muka aku nie garang seperti singa... Semut pun lari .. 
Hooo..


And tak sangka pulak  masa dah berlalu dengan begitu cepat sekali.. Daripada orang panggil aku akak, sekarnag aku kena terima orang pulak yang pnggil aku akak even tu orang tua yg pnggil aku..... hahahaaa 

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, July 1, 2014

Resepi Chocolate Indulgence Cake





ASSALAMUALAIKUM
Bulan pose nie baguihh bila kita berkongsi resepi, buknnya apa, tpi untuk buatkan kita terliuq nk makan kek bertingkek2 nie
Kek nie ada sikit leceh + takut tak mnjadi bila buat .. So, sape2 yang nk teraiii buat tuh, but l, pastu tipu kt kawan2 yang korang buat... padahal korang beli je kat Secret Receipe! kannnnnnnn

Nahh! ambek nie resepi Chocolate Indugence Cake..


Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.







Dah Bace Tu Try Komen Pulak