Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, August 24, 2014

Pengalaman Pertama Buat Latihan Thesis


Gmbar di Muzium Orang Asli

Gambar Di Muzium Orang Asli

Assalamualaikum...

Ok, aku nak citer nie pun hanya berkongsi pengalaman je, tak da mksud nak riak bagai or what..
Bila tengok tajuk entri aku kali nie.. Macam aku nie pelajar degree yang baru nak grad pulak kan... Thesis bagai -_-

Tapi itu la... Student form 6 dah diberi latihan untuk buat thesis... Fuhh, 3 thesis kena buat dalam tahun nie haa.. Adoii, pecah pale otak oo...2 thesis kena buat secara individu, 1 thesis buat secara kumpulan... Actually ada lagi 1 iaitu pend. Seni.. Tapi tak dikira mcm thesis la.. Sbb hanya praktikal je... 

Pengalaman aku time sem 1 tak tertekan sangat la... Cuma aku ada rasa aku nie sape la kan ... Aku ada la sikit2 terkejut dengan sekolah baru aku...
Ramai yang kata form 6 susah la, penat la, buku tebal nak mampus la... Apa la, aku daftar form 6 pun alamakk aii, aku masuk form 6 ke, mesti susah giler nie, mesti tajuk pun susah giler... nie! Arghh!!! 

Disebabkan aku nie lurus sangat pergi percaya cakap orang tu, aku pun sampai nanges2 tak nak masuk form 6 nie... Cis.... Bila aku first masuk kelas nie aku kena turun bawah, kelas seni... kawan2 aku kata semua cikgu baik2... Kecuali cikgu seni... Adumaakkkk aii...
Dah la aku ambek kos seni sebab aku nak seni, nie cikgu garang pulak, habis aku kena belasah kaw2 ...

Lepas habis pendaftaran (Aku masuk 2nd intake), aku kena turun bawah, pergi bilik seni.. Dah la naik tangga penat, turun tangga tu bila entah habis penghujungnya....

Okey, aku pun masuk dengan tak tau malu... Tiba2 cikgu kata, 
"Aik, knapa datang baru sekarang? kenapa tak datang time hari first tu? "

Aku pun 
"Err,, Sebanrnya cikgu... ermmm"

"Okey, kita smbung"

Aku dengar cikgu membebel kat depan tak da la susah mana pun.. Belajar media kering, media basah sume... Tapi yg membuatkan aku terkejut, kawan2 aku kat dalam tu fokus gilerr kot! hahahaa!
Aku punya sekolah tu, kalau budak kelas A je yg fokus seteruk mcm tu... Kelas aku yg sekolah lama tu kemain hu ha hu haaaa mcm beruk terlepas... kacau perempuan la, kacau cikgu la... Buat cikgu marah la....

Adehh, mungkin form 6 nie kan sekolah kluster, kluster la jugak murid2nya kan.. Ekhemmm! 
And, aku pun fokus la.. Dulu aku alim, duk diam je... Smpai kawan aku minat dengan sikap aku, Hhahahaa!Itu semua permainan duniawi je! Lepas kenal aku, tengok la aku mcm ne.... Bukan takat pendiam lagi tau!

Eh, terlepas tajuk pulak ea... Lari nau tajuk kita pada malam yg berbahagia ini...

Ok, masuk sem 2, aku masuk je hari pertama dah cikgu bgi pengenalan tntg kajian.. MPM ada bagi 2 tema untuk Pengajian Am... Sekolah aku ambek tema sukan dan permainan.. Kena carik sendiri dan tak leh sama dengan orang lain! Haa! ambek kau! tak leh tiru! Aku memang la time tu masih blurrr lagi, apa la bnda alah nie, smpai kawan aku kena terangkan berkali2, hehehe... Objektif kena buat 2 je... So, time wat dapatan , kena capaikan kedua2 objektif tu...

Sejarah lak, aku lupa dia bagi dalam 4 ke 5 tema mcm tu la... Aku pilih sejarah  etnik Baba Nyonya di Banda Hilir... Huhh, nasib baik bapakk aku keturunan baba nyonya.... 

Serius aku cakap, memang aku kena kejutan budaya time masuk sem 2 nie.. Asyik pg sana pg sini, 
Pengajian Am aku buat tajuk Sukaneka di Tadika Jaim Peringgit...

Kemain payah lagi nak bagi soal selidik... Nak buat, nak print, salah lagi.. Huh =='
Nak dapatkan tu lagila payah, kena tunggu nk dekat sebulan kat bubudak tadika tu bagi kat aku balik... Memang duit aku sem 2 tu melayang kat tmpat print je, smpai abg sana pun kenal aku... Siap lagi duk mengusya aku.. Cina pulak tu -_-
Ok, tak penting!

Sejarah pulak, lagi la payah, duit aku habis kat minyak je.. Pgi muzium sana, pgi muzium sini, jumpa sedara aku, jumpa orang sana, jumpa pakcik sana, tanya orang sana.. Daripada aku nie seorang yang pendiam dan pemalu (Ceit!) tukar kepada seorang yang tak tau malu . hahahaha! 

lepastu aku kena rakam perbualan la.... Save, burn! nasib baik laptop aku baik je time tu tak wat kecoh, paling tak pun dia hang je... 

Tapi memang tak dinafikan la, time sejarah tu, aku bnyak kali pergi muzium yang tak pernah aku pergi...
See? Evven aku duk Melaka, time aku nak buat research la aku singgah kat A Famosa.. Hahhaaa, tak pernah2 sebelum tu jejak kat sana, aku paling tak pun pernah tengok A Famosa kat poskad je.. Santek je tngok.. Heehehee... Bocor dah rahsia...

TIme aku wat kajian 2 thesis nie a.k.a PBS, aku balik pun pukul 6 petang, smpai malam pun ada gak, tidur pun 3 pagi.... Tak pernah2 aku struggle mcm tu, hehehe...

Tapi kalau bab ulangkaji tu aku tambah kan masa lagi, tak tidur malam.... Pening giler woo~
Tapi kan, apa yang aku study, apa yg latihan yg pernah cikgu bagi, tak sama dengan exam! Soalan dia bertubi2  susahnya !
nak2 sejarah, BM.. Perh!! Saoaln dia yg mengancam...

As you know, form 6 punya skema strict sangat sangat sangat tau tak!
Even jawapan korang betul, tak semestinya betul!
Kena betul2 ada dalam skema.... Terutamanya Pengajian Am.... memang la.. err -_-
Dah namanya pengajian Am kan... erm 

Conclusionnya , form 6 nie time belajar tak payah, tapi bila menjawab exam payah, soalan dia sengaja nk putar belit.. Ala, macam korang nk pergi Tesco ikut laluan jauh, sebenarnya Tesco tu depan rumah korang je... Ha, mcm tu la ... 

Tapi, benefit form 6 nie ada banyak tau...
Korang dh dilatih buat mcm2.. Presentation pun banyak buat... Buku form 6 tebal2, 1 sem tu buku tebal form 1-3 punya buku tu.. 1 sem dalam 5 bulan... kena hbiskan tebal mcm tu.. kalau 3 sem? errr.. kiralah berapa tebal... Nie belum masuk subjek2 lain.....

lagipun sekarang fm6 dh dilatih wat thesis... kat U nnti, lecturer tak suka mmbebel pnjg nie cm ne nk wat thesis daripada A smpai Z, Lecturer cuma cakap buat nie buat tu, Ok, buat sendiri.... 

Kecuali dpt lecturer yg baik la.. Itu nasib... Apa2 pun, actually study mana2 je boleh kan.. Yg penting quality.. AKu pun ngaku aku pun bukannya berkualiti sngat... 

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, August 19, 2014

Dajjal Atau........



Salam..

Keadaan sungguh tegang.. Bukan sahaja tegang

Tapi bunyi2 seperti das tembakan lebih menakutkan aku....



Ya Allah! seram sangat..
Aku jadi sebak! jadi takut! terkejut! rasa ingin syahid pun ada sebab memang tak larat sangat nak pertahankan agama nie... Mereka terlalu kuat.. Kuat sangat!
Tapi demi agama, aku terpaksa korbankan jiwa! Aku tak nak Islam nie dipijak2! 

Siapa kata aku tak takut?
Walaupun aku seorang perempuan
Walaupun perempuan tak seharusnya angkat senjata dan berjuang demi agama!
Tapi apakan daya, semua dah jadi pengikut dia..!
Aku gagahkan diri utnuk tampil menjadi seorang pejuang yang berani! Walaupun aku sering gagal nak untuk berjihad walaupun berjihad untuk diri sendiri.. Tapi aku tak kesah semua tu!


Aku tetap gagahkan berani ikut 1 kumpulan seperjuangan aku.. Walaupun aku tak kenal siapa mereka, tetapi kelihatannya seperti dalam 5 ke 6 orang...

Dalam kumpulan itu, kebanyakannya terdiri daripada kaum perempuan...
Ye.. Memang aku lari pada mulanya sebab kumpulan aku sahaja yang menentang sekumpulan penjahat itu..

Tapi yang anehnya, kenapa rakan2ku semua ikut pengikut yang jahat tu??

Aku tahu, itu dajjal.. Aku ada ternampak perkataan KAFIR di dahi mereka....Dajjal itu perosak bumi, aku kena lari!
Tapi tak boleh, aku kena pertahankan agama...

Waktu solat dh tiba... Tapi kenapa tak ada siapa yang azan?
Kenapa semua orang ikut si kumpulan dajjal durjana tu?

Aaahh! tak apa... Walaupun aku bukan lelaki, tapi aku boleh melaungkan azan masa tu.. lelaki semua dh pupus! mereka tak mahu azan walaupun di sekitar masjid ada lelaki...

Apa lagi, aku terpaksa tampil ke hadapan dan azan...
Walaupun aku tak mahir, tapi bolehla aku azan...

Semasa aku azan, ramai yang menolak aku..
"Eh, kenapa kau azan? tak payah azan!"
"Jangan azan wei! aku panas"
"Kau buat apa nie!"

Ramai yang menerkam aku dari belakang, sebab aku azan.. Aku tak ingat apa2 setelah mereka menerkam aku dari belaakng, pukul aku... Setelah itu aku tak sedarkan diri...


*********


Dengan lengkap aku berpakaian tentera, aku tersedar dari pengsan aku tadi.. Dan ketika itu rakan2 seperjuangan berada dikelilingku..
Kawan2 aku kata, 

"Nurul, kita kena sembunyi, kita kena cari tempat berlindung untuk sementara, mereka semua mencari kita.. Dajjal2 cuba hapuskan kita.."

Aku degn lemahnya menjawab

"Mereka tak tahu ke yang bawak ajaran sesat tu dajjal?"

"Mereka tak tahu. Ya , aku ada nampak kalimah KAFIR dekat dahi dajjal2 tu.. Tapi, saudara2 kita tak percaya!"

"Okey , tak apa, biar aku cakap yang diorang semua tu dajjal laknatullah"

"Jangan! kita ada plan , kita duduk sini dulu, kita jgn sesat! Allah tuhan kita, Islam agama kita!"

Bunyi askar2 sedang menghampiri..
Pengikut2 dajjal menginginkan aku supaya mengikuti mereka.
Jelas ternyata tertera di dahi dajjal itu ada perkataan KAFIR, dan mata sebelahnya tertutup...

Aku tak tertahan lagi! Aku pergi ke hadapan dajjal dan pengikut2nya....

Salah seorang daripadanya berkata

"Lebih baik kau menyerah! kau kena jadi pengikutku!"

aku dengan lantas menjawab
"aku tidak mahu! adakah kalian tahu, ini semua dajjal??? Mereka ingin membinasakan kita!"

"Ahhh! aku tak percaya"!! kata salah seorang pengikutnya...

Setelah itu aku diselubung oleh pengikut2nya sekali lagi.... aku ketakutan..... Aku diserbu, dipukul... Seperti biasa, aku melihat mereka menyerbu aku, aku lemah, kelihatan semuanya gelap, aku tidak sedarkan diri....

Setelah itu....

--------

Aku terpinga2, aku kenal tempat ini, aku kenal bilik ini...

Aku berada di atas katil, ini bilikku, ya Allah, jam berapa ini?
Aku capai handphone, tercari2, rupa2nya di bawah bantal..
jam 4 pagi...

Ya Allah, mimpi apakah tadi! Aku berfikir sejenak.. Mungkin Allah nak ber petunjuk bahawa dajjal sedang menghampiri... Hari semakin hari berlalu... Walaupun sudah beberapa bulan masih segar lagi dalam ingatanku tntng kejadian menentang dajjal tu...

Aku masih tertanya2, kenapa aku yang menentang dajjal tu? Siapa rakan2 seperjuanganku? Kenapa kenapa dan kenapa?

Apa terjadi kepadaku setelah mereka memukulku buat kali kedua?

Aku tersedar dari lamunan...

Ya, aku bukannya beriman sangat, dosa aku terlampau banyak.. Tapi bukankah hanya orng beriman sahaja yang mampu melihat perkataan KAFIR itu??

Ahhh tak la! takkan aku antara salah seorang beriman kot
Dalam hati tu memang nak beriman.. Tapi entahla, aku masih anggap diri aku nie banyak sangat dosa..
Dosa tangan, dosa mata, kaki....


------------------

Setelah beberapa bulan, mimpi yang sama berulang kembali...

Mimpi ini kelihatan lebih jelas berbanding mimpi sebelum itu.... Tapi kali ni mimpi ini lebih singkat

Ketika aku diserbu dan dipukul, aku gagahkan diri untuk melawan...
Bukan melawan ambil senjata, bukan...
Tetapi aku melawan dengan cara

"Kau boleh membunuhku, bunuhlah..."
Dan aku tidak tahu apa yang dajjal2 dan pengikut2nya berbuat padaku..
Tapi memang jelas mata tertutup dengan tulisan KAFIR di dahi mereka yang sedang membuatku seperti sampah..

Aku lemah, hanya kalimah Allah dan ucapan syahadah sahaja yang mampu aku ucap... Aku dijadikan bahan tontonan kepada semua.. 

Tiba2 azan sedang dilaungkan ... Dan aku bersyukur aku masih mendengar laungan azan..

Allahuakbar!!

Aku tersedar dari mimpi, aku capai henfon yang berhampiran denganku...
Allah, aku letih! penat sangat..... Tapi aku lebih penat semasa mimpi pertama ... Seperti aku betul2 ada kat tempat tu..

Alhamdulillah, rupa2nya azan subuh... Aku terus bangun.. Aku tak tahu kenapa aku mimpi sebegitu....

Mungkin, Allah ingin menyedarkan aku supaya sentiasa bersedia kerana aku sentiasa lupa bahawa hari kiamat sudah hampir tiba....


P/s: Cerita ini hanyalah mimpi... Tulusly, kita kena percaya bahawa kiamat ini semakin dekat... Jangan sibuk sngat dengan urusan dunia... (Pesanan untuk diri sendiri)




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, August 16, 2014

Dapat Free 1 Domino's Pizza!




Assalamualaikum..

Alkisah nya mcm nie, time tu aku duduk je kat umah...  Tiba2 je ada orng datang...
Adik aku ckp, "kak, ada orang nk jumpa"
Then, aku pun tanya ar, 

"Siapa yg datang tuh?"

"Ada lha, pergi lha tengok"

"Siapa?"

"Tengok ar!"

Daripada aku duduk bergaduh dengan adik aku, better aku pergi je tengok siapa yang datang...

Bila aku bukak, alamak ai, lelaki lha ...
Apa lagi, aku tutup pintu pastu suruh adik aku angkat je mana-mana tuala ...

Aku tanya la dia..

"Erm, ada apa?"

"Kami dari Domino's Pizza.. Kitorang ada wat promotion nie.. Adik bayar RM20 untuk 1 kupon nie... Lepastu dapat 1 free pizza... Yg kupon nie pula bila adik beli 1 pizza, dapat lagi 1 pizza..."

"Erm... Nampak menarik tapi....."

"Tapi apa dik?

"Tak da duit lha bang..."

"Lha, takkan duit raya dah habis kot?"

"Dah... Saya mana ada dapat bnyak duit raya -_- "

"Ouh okey, jadi nak beli tak kupon nie, ada 10 je kupon nie tau"

Dengan lajunya aku bagi tau mak aku, begging sangat kat mak aku tu.. Last2 mak aku termakan rayuan aku, hihii~

So, sementara tu abg tu sempat lagi duk meng usha...
Ada ke dia kata aku nie bini dia, sekali aku cakap aku dah kawen! Hahaha.. Biar padan muka dia .. -_-

Aku pun selang beberapa hari pergi lha kat kedai Domino's.. Sbb nak buktikan dapat free Domino's... Dengan tak tau malu aku bgi kupon yang dapat free tu, tapi cuma saiz regular je yg boleh.. Large atau Xtra Large sume tak boleh... Ceit...

Last2, makan lha aku dengan gelojohnya... Tamat smpai sini...


Dah Bace Tu Try Komen Pulak