Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Tuesday, August 19, 2014

Dajjal Atau........



Salam..

Keadaan sungguh tegang.. Bukan sahaja tegang

Tapi bunyi2 seperti das tembakan lebih menakutkan aku....



Ya Allah! seram sangat..
Aku jadi sebak! jadi takut! terkejut! rasa ingin syahid pun ada sebab memang tak larat sangat nak pertahankan agama nie... Mereka terlalu kuat.. Kuat sangat!
Tapi demi agama, aku terpaksa korbankan jiwa! Aku tak nak Islam nie dipijak2! 

Siapa kata aku tak takut?
Walaupun aku seorang perempuan
Walaupun perempuan tak seharusnya angkat senjata dan berjuang demi agama!
Tapi apakan daya, semua dah jadi pengikut dia..!
Aku gagahkan diri utnuk tampil menjadi seorang pejuang yang berani! Walaupun aku sering gagal nak untuk berjihad walaupun berjihad untuk diri sendiri.. Tapi aku tak kesah semua tu!


Aku tetap gagahkan berani ikut 1 kumpulan seperjuangan aku.. Walaupun aku tak kenal siapa mereka, tetapi kelihatannya seperti dalam 5 ke 6 orang...

Dalam kumpulan itu, kebanyakannya terdiri daripada kaum perempuan...
Ye.. Memang aku lari pada mulanya sebab kumpulan aku sahaja yang menentang sekumpulan penjahat itu..

Tapi yang anehnya, kenapa rakan2ku semua ikut pengikut yang jahat tu??

Aku tahu, itu dajjal.. Aku ada ternampak perkataan KAFIR di dahi mereka....Dajjal itu perosak bumi, aku kena lari!
Tapi tak boleh, aku kena pertahankan agama...

Waktu solat dh tiba... Tapi kenapa tak ada siapa yang azan?
Kenapa semua orang ikut si kumpulan dajjal durjana tu?

Aaahh! tak apa... Walaupun aku bukan lelaki, tapi aku boleh melaungkan azan masa tu.. lelaki semua dh pupus! mereka tak mahu azan walaupun di sekitar masjid ada lelaki...

Apa lagi, aku terpaksa tampil ke hadapan dan azan...
Walaupun aku tak mahir, tapi bolehla aku azan...

Semasa aku azan, ramai yang menolak aku..
"Eh, kenapa kau azan? tak payah azan!"
"Jangan azan wei! aku panas"
"Kau buat apa nie!"

Ramai yang menerkam aku dari belakang, sebab aku azan.. Aku tak ingat apa2 setelah mereka menerkam aku dari belaakng, pukul aku... Setelah itu aku tak sedarkan diri...


*********


Dengan lengkap aku berpakaian tentera, aku tersedar dari pengsan aku tadi.. Dan ketika itu rakan2 seperjuangan berada dikelilingku..
Kawan2 aku kata, 

"Nurul, kita kena sembunyi, kita kena cari tempat berlindung untuk sementara, mereka semua mencari kita.. Dajjal2 cuba hapuskan kita.."

Aku degn lemahnya menjawab

"Mereka tak tahu ke yang bawak ajaran sesat tu dajjal?"

"Mereka tak tahu. Ya , aku ada nampak kalimah KAFIR dekat dahi dajjal2 tu.. Tapi, saudara2 kita tak percaya!"

"Okey , tak apa, biar aku cakap yang diorang semua tu dajjal laknatullah"

"Jangan! kita ada plan , kita duduk sini dulu, kita jgn sesat! Allah tuhan kita, Islam agama kita!"

Bunyi askar2 sedang menghampiri..
Pengikut2 dajjal menginginkan aku supaya mengikuti mereka.
Jelas ternyata tertera di dahi dajjal itu ada perkataan KAFIR, dan mata sebelahnya tertutup...

Aku tak tertahan lagi! Aku pergi ke hadapan dajjal dan pengikut2nya....

Salah seorang daripadanya berkata

"Lebih baik kau menyerah! kau kena jadi pengikutku!"

aku dengan lantas menjawab
"aku tidak mahu! adakah kalian tahu, ini semua dajjal??? Mereka ingin membinasakan kita!"

"Ahhh! aku tak percaya"!! kata salah seorang pengikutnya...

Setelah itu aku diselubung oleh pengikut2nya sekali lagi.... aku ketakutan..... Aku diserbu, dipukul... Seperti biasa, aku melihat mereka menyerbu aku, aku lemah, kelihatan semuanya gelap, aku tidak sedarkan diri....

Setelah itu....

--------

Aku terpinga2, aku kenal tempat ini, aku kenal bilik ini...

Aku berada di atas katil, ini bilikku, ya Allah, jam berapa ini?
Aku capai handphone, tercari2, rupa2nya di bawah bantal..
jam 4 pagi...

Ya Allah, mimpi apakah tadi! Aku berfikir sejenak.. Mungkin Allah nak ber petunjuk bahawa dajjal sedang menghampiri... Hari semakin hari berlalu... Walaupun sudah beberapa bulan masih segar lagi dalam ingatanku tntng kejadian menentang dajjal tu...

Aku masih tertanya2, kenapa aku yang menentang dajjal tu? Siapa rakan2 seperjuanganku? Kenapa kenapa dan kenapa?

Apa terjadi kepadaku setelah mereka memukulku buat kali kedua?

Aku tersedar dari lamunan...

Ya, aku bukannya beriman sangat, dosa aku terlampau banyak.. Tapi bukankah hanya orng beriman sahaja yang mampu melihat perkataan KAFIR itu??

Ahhh tak la! takkan aku antara salah seorang beriman kot
Dalam hati tu memang nak beriman.. Tapi entahla, aku masih anggap diri aku nie banyak sangat dosa..
Dosa tangan, dosa mata, kaki....


------------------

Setelah beberapa bulan, mimpi yang sama berulang kembali...

Mimpi ini kelihatan lebih jelas berbanding mimpi sebelum itu.... Tapi kali ni mimpi ini lebih singkat

Ketika aku diserbu dan dipukul, aku gagahkan diri untuk melawan...
Bukan melawan ambil senjata, bukan...
Tetapi aku melawan dengan cara

"Kau boleh membunuhku, bunuhlah..."
Dan aku tidak tahu apa yang dajjal2 dan pengikut2nya berbuat padaku..
Tapi memang jelas mata tertutup dengan tulisan KAFIR di dahi mereka yang sedang membuatku seperti sampah..

Aku lemah, hanya kalimah Allah dan ucapan syahadah sahaja yang mampu aku ucap... Aku dijadikan bahan tontonan kepada semua.. 

Tiba2 azan sedang dilaungkan ... Dan aku bersyukur aku masih mendengar laungan azan..

Allahuakbar!!

Aku tersedar dari mimpi, aku capai henfon yang berhampiran denganku...
Allah, aku letih! penat sangat..... Tapi aku lebih penat semasa mimpi pertama ... Seperti aku betul2 ada kat tempat tu..

Alhamdulillah, rupa2nya azan subuh... Aku terus bangun.. Aku tak tahu kenapa aku mimpi sebegitu....

Mungkin, Allah ingin menyedarkan aku supaya sentiasa bersedia kerana aku sentiasa lupa bahawa hari kiamat sudah hampir tiba....


P/s: Cerita ini hanyalah mimpi... Tulusly, kita kena percaya bahawa kiamat ini semakin dekat... Jangan sibuk sngat dengan urusan dunia... (Pesanan untuk diri sendiri)




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

1 Orang Suke Pink:

Anonymous said...

Sme jea lh nurul, mimpi kita same..