Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari: 5 lelaki Yang Menarik Perhatian Aku





As Salam....

Task ke 9.... 5 jenis lelaki yang menarik perhatian aku... Actually, aku taknak pun lelaki yang hanya paras rupa je yang hensem, tetapi kat dalam hati tuh hodoh sgt... Bagai cerita fairytales tu.. cerita dongeng tu.. 

Btw, gambar artis Korea yang kat atas tu aku tak tahu sape n aku maen ambek je kat Puan Google.. Hehe

First lelaki yang menarik perhatian aku ialah: 



a) Lelaki yang pandai menjaga agamanya 

First choice... Mesti letak kat nombor 1... Walaupun aku rasa aku tak layak dapat lelaki mcm nie, huhu... Yela, aku mana ada sesolehah mana pun nak dapat lelaki soleh... Tapi , kalau contoh la aku ditakdirkan dapat jodoh dengan lelaki yang tidak berpengetahuan sangat dalam agama , aku rasa aku sanggup ajar dia, asalkan dia nak belajar betul2.... Senang citer macamnie la, apa yang dia kurang aku tambah, apa yang aku kurang, dia kena tambah



b) Lelaki yang boleh menerima kekurangan serta menyayangi kita sepenuh hati

Sape kata hidup tak perlu berkasih sayang? Semestinya kita sebagai manusia perlu dikasihi yang mengasihi kan?? Kalau lelaki hanya cakap kat mulut je tapi tak ada pengorbanan apa2 tu tipu je semua.. Selalu je ungkapkan perasaan sayang, tapi bukti sebagai pengorbanan tak ada... Kadang2 sebagai seorang suami juga kena bagi kasih sayang lebih pada isteri... Kena la ada masa untuk dia... Sebab perempuan nie dia suka dibelai, suka dipuji .. Nak2 yang puji tu orang yang dia sayang a.k.a suami dia sendiri... Lelaki yang sanggup menerima kekurangan lelaki yang macho tau.. Mana la tau isteri tu tak pandai masak ke, tak cantik ke... Tapi kalau dia berusaha nak jadi yang terbaik, itulah isteri yang solehah...


c) Lelaki yang penyabar

Perempuan kan kita sendiri tau, bila angin dia datang, ada la keluar segala2nya yang terpendam.. Keluar la segala marah.. Tapi lelaki yang memahami pun kena faham, kadang2 perempuan taknak pun marah2 tu... N lelaki kalau nampak kaum Hawa marah nie bukan hanya duk diam je tau.. Bukan nak tengok je dia marah n buat dek pastu jalan... Tapi perempuan mcm tu, pujuk dia balik bagi lebih kasih sayang n bgi pendapat or pandangan... Kalau nak bagi sejuk pun jangan bagi sejuk lama2, nanti perempuan tu lagi meluat sbb tak ada nak pujuk dia... Ehhh??
Tapi tu bgi pendapat aku la, sbb aku mcm tu, aku marah2 pastu aku nak dipujuk.. Hahahaa.. Walaupun dalam hati aku menyemak je la!!  Nak2 pada orang yang tersayang... hahaa.... Dah smpai ke situ pulak --'

d) Lelaki yang sentiasa buat suprise!

Sape yang taknak ada kejutan kan?? Kalau lelaki yang bgi kat hadiah mesti simpan terutamanya pemberian tu daripada lelaki yang kita sayang.. hehehee.... Bagi aku lelaki yang sentiasa buat suprise bukan nak ajak gi dating or keluar kat tmpat yang banyak  lilin keliling, lepastu terlanggar habis terbakar.. Hahahaa... Bagi aku buat suprise nie macam  kadang2 tu hantar bunga ke, bagi coklat ke... Auuuuu sweettttt .. Hahahaa.... Takpun kalau dia tu jauh sanggup meredah tol ataupun bayar tiket semata2 nak jumpa atau atauuu bagi hadiah melalui pos , sekali buka pintu, abam posmen datang bagi bungkusan..  Btw, bukan bungkusan ataupun surat pos yang abam JPJ antar kat rumah tau, hahaa.. Mcm aku ar dulu, ingatkan sape yang hantar hadiah time bezday aku, rupa2nya abam JPJ hantar guna poslaju suruh ambek kat pejabat pos.. Kemain eksaited aku time tu dapat hadiah tu hahaha.... 

e) Lelaki yang mempunyai masa terluang walaupun dia tengah sibuk!

Semestinya kaum Adam nie sentiasa busy dengan urusan duniawi mereka kan.. Macam keje bertimbun2 la, balik lewat malam la, outstasen la...Tapi bagi aku masa terluang tu penting sangat2!! Untuk mengelakkan perasaan wasangka.. Walaupun dia busy mana pun, tak kan la dalam 1 hari tak da masa 10 minit untuk kol ke? Alang2 nak pgi turun tangga tu mesej ke kol ke... Kan... Time turun tangga dah berapa minit.. Opis tingkat 20, takkan tak leh korban kaki tu turun tangga tak payah naik lif.. Dapat la berborak sekejap... Yang penting kualiti .. Yeahh!!

Ok la , Nurul pun tak ada masa dh nie, nak smbung buat keje ..k bye3!



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: