Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, November 23, 2014

Apabila Perempuan Merajuk..Apa Lelaki Patut Buat??



Assalamualaikum....


Sekarang nie bagi aku, aku nak rehat2 kejap....
Penat ar, lgi sikit je perjuangan untuk exam nie haa....

Hari Rabu nie aku ada exam Sejarah and Seni ulangan sem 2...
Harap aku dapat jawab la kan... Huhu

Entry nie special untuk sape2 yang couple seperti suami isteri atau adik beradik ke, mak sendiri ke kawan2 ke...

Sebab kaum wanita nie lebih kurang sama je sikapnya.... Ada time suka, sedih eh titibe merajuk pulak....

Nie antara salah satunya sebab apa perempuan merajuk


1) Sakitkan hati dia
-Kadang2 bila kaum Adam bersalah or what something wrong kat perempuan tu mesti perempuan tu sakit hati kan?? Pastu perempuan tu ada la dia lari and menangis dalam hujan ke.... Ala, macam ada kat drama Sinetron tu...
"Aku benci sama kamu... Benci benci... Lebih baik aku kabur.. Jangan kejarin aku lagi ...!"
Lepastu perempuan tu lari...

And percaya tak, sebenarnya perempuan tu nak suruh lelaki tu kejar dia and pujuk tau...
Maksud dibalik perkataan "Jgn kejar aku"
ialah
"Kejarlah aku, pujuk lah aku"


2) Menyentuh isu sensitif mengenai pada dirinya
-Dalam perhubungan mesti ada gurauan kan? Tapi, kadang2 kita terlepas bergurau dengan perempuan...  Dalam perhubungan jugak, mesti kita dapat mengenal tentang diri dia... and apa yang dia suka or tak suka..... Kadang2 perempuan boleh bawak gurau tapi jangan bergurau dengan cara yang salah...

Contohnya , perempuan nie gemuk and nak sangat kurus even dia tak leh kurus, makan makan ubat makin gemuk, makin bersenam makin bambamm...

Pastu lelaki nie pulak sebenarnya bergurau and dia kata
"Awak takkan dapat kurus la, awak makan banyak2 pun tak guna, hahaha! "
Jgn la kata macam tu -_-


3) Cemburu
-Nie sesuai untuk laki2 yang suka cerita tentang ex dia ... Dia kata ex dia mcm nie, macam tu.... and nak lebih2kan ex dia.....
Pastu perempuan mesti ar cemburu kn?
Kalau tak cemburu mksudnya tak sayang le tu... So, better tak perlu cerita tntng masa lalu... Past is past !


4) Perlukan kasih sayang
- Semua orang perlukan kasih sayang kan?? Nak2 perempuan yang manja nie ha....
Yela, kat rumah dia anak manja, mesti la dengan orang lain pun dia nak manja jugak....
Kadang2 bila lelaki bekerja and terlampau busy sangat at least kena luangkan sedikit je masa....
Kalau dia tak faham jugak, cakap baik2 kat dia..... 
Lepastu, pujuk dia... Even dia merajuk time tu, bila lelaki kata mcm tu, dia akan faham.. Percayalah... ;)


5)  Gedik!!
- Okey, part nie yang aku tak suka nak cerita... Tapi aku kena cerita jugak... Kadang2 perempuan nie ada sometimes dia akan jadi gedik... No... Tak semestinya gedik yang genyah tu... Gedik nak mintak perhatian sebenarnya... Sbb dia kurang perhatian kat rumah or ada masalah ke....
Kalau yg gedik yang melampau tu bila contohnya perempuan tu nak beli emas yang harga 1 juta rupiah tu... Ala murah je dia kata....

Tapi kebetulan lelaki tu tak ada duit , pastu perempuan tu tak faham.. Dan2 nak merajuk and nak unuh diri bagai sebab merajuk.. Tak ke gedik tu ? -_-
So, jangan layan... Lelaki kena tau dia gedik sebab mcm ne.. hehe... 
Aku tau, ramai lelaki kat luar sana tak faham dengan sikap perempuan nie sebab perempuan suka bagi double meaning...  Lelaki pula suka bagi straight to the point


Apa lelaki yang patut buat??

1) Pujuk dia
-Nie fokus utama.... Walaupun kadang2 tak berapa jalan, tapi tau tak perempuan suka lelaki bila pujuk dia time dia merajuk... Hahahaa...
Bgi la ayat manis sikit.....  :P


2) Bagi something kat dia
- Bgi la something yang dia suka.... Tapi jangan la melampau bgi tu, kalau suami isteri tak apa la ... Hehe


3) Bawak kat tempat yang tenang or tempat kenangan dulu2
- Tempat nie boleh jugak sebab boleh menenangkan fikiran perempuan tu ... And boleh menghimbau kenangan manis dengan dia... contohnya dalam situasi mcm nie
"Awak tau tak, tempat nie la yang awak jatuh dulu and saya la hero yang menyelamatkan awak... Awak ingat tak longkang kecik nie? Tempat sini jugak la kita saling bertukar2 nombor .. Ingat tak? hihi"
Sudah semestinya perempuan tu ingat sbb tempat tu tempat bersejarah bgi dia... 


4) Bawak berbincang
-Ayoo, nie kes yang serius nie, setelah bnyak teknik yang dah dibuat... 1 hapeee pun tak berkesan.. Memang betul2 hati batu nie... Cadangan aku, biarlah dia tenang dulu pastu try pujuk dia, bgi something and bawak la berbincang seelok2nya....


5) Bagi kaki!! And angkat kaki kemudian blaaaa
- Yang nie teknik yang terakhir.... Mksudnya perempuan tu bukan nak mintak dipujuk tapi sudah benci...
Nasihatnya blaa dari hidup dia....

Tamat kisah pada hari ini


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday, November 17, 2014

[GEMPAR] Blogger Mungkin Dikenakan GST Mulai April Depan


Assalamualaikum

Sedang aku membelek2 akhbar Sinar nie... tertarik pulak dengan isu blogger nie...
Haaa, sape tak terasa cik abg cik kak oii... Aku nie Blogger, menjana income jugak le kat blog nie... Hahahaa... Baru cadang nk aktif balik next year... Tpi kena GST... Tpi dia tengok income tahunan jugak..

TAPII! Adaa syarat nye yea! Cer baca
Sinar harian, 17 November 2014

PEMILIK atau pengendali laman blog yang menjadikan blog sebagai sumber menjana pendapatan bakal dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April depan.

Bagaimanapun, pelaksanaan sistem percukaian baharu itu hanya melibatkan blog yang mempunyai jualan perniagaan tahunan melebihi RM500,000.

Menurut sumber yang enggan dikenali  dari sebuah kementerian,  pengiraan RM500,000 itu bukan berdasarkan kepada jualan iklan semata-mata, tetapi melibatkan jualan perniagaan lain.

“Blog yang menyediakan ruang pengiklanan dan mengenakan caj ke atasnya, bermakna blogger itu terlibat dalam pengiklanan. Jika blogger itu dalam perniagaan lain, maka dia juga perlu berdaftar dengan GST,” katanya.

Bagi blogger yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sumber itu berkata, mereka boleh melakukan pendaftaran GST dengan menggunakan kad pengenalan (sole proprietor).

“Individu yang terlibat dengan perniagaan (sole proprietor) bukan merupakan syarikat, jadi dia tidak mempunyai nombor SSM dan ada kad pengenalan sahaja.

"Tetapi jika individu tersebut ada syarikat, dia perlu daftar menggunakan nombor SSM," menurut sumber itu.

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Friday, November 14, 2014

Operasi nombor plat bagai GST, bebankan rakyat


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diingatkan supaya tidak membebankan rakyat menerusi operasi penguatkuasaan cermin gelap dan nombor plat.

Ahli Parlimen Bukit Katil-PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa langkah kerajaan menerusi agensi penguatkuasa itu dilihat seolah-olah cuba melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) lebih awal berbanding April depan.

"Saya hendak minta pimpinan Kementerian Pengangkutan dan JPJ, jangan men'GST'kan rakyat lagi.

"Saya ingat operasi itu satu bentuk GST, rakyat akan menanggung beban lagi sebelum tahun depan.

"Apakah JPJ sendiri sudah tidak mampu untuk membiayai operasi mereka sehingga perkara kecil seperti ini ingin dibebankan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Bermula 1 November lalu, JPJ memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi nombor plat dan lampu HID "head lamp" yang tidak mematuhi standard.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dalam pada itu, Shamsul selaku Naib Presiden PKR turut mempersoalkan kenyataan Ketua Pengarah JPJ baru-baru ini yang mengatakan nombor plat kenderaan penyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan jalan raya.

"Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah bahawa operasi cermin gelap dan nombor plat ini boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

"Saya minta menteri pengangkutan dan JPJ bertindak kepada isu sebenar, isunya kemalangan jalan raya meningkat, kaji semula, bertindak kepada isu sebenar.

"Kita ada Miros dan institut yang membuat penyelidikan, cari jalan keluar, biarlah perkara yang membabitkan rakyat ini, kita kurangkan," ujarnya.

Katanya lagi, di beberapa negara Asia lain seperti Indonesia dan Filipina, isu cermin gelap khususnya tidak timbul kerana kerajaan mereka memberi kelonggaran kerana faktor cuaca.

"Dia tahu sebab negara mereka panas, buat cermin gelap untuk keselesaan, biarlah.

"Kalau betul dia buat jenayah, tangkaplah, JPJ ada kuasa untuk tahan, saya tidak fikir majoriti penjenayah dalam negara ini buat jenayah dalam cermin gelap," katanya lagi.

-Sinar Harian 13 Nov 2014-

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, November 12, 2014

Resipi Makanan Kucing (Wet Food)


Assalamualaikum....

harienie 13 November, genap umur si Baby umur setahun... Macam2 dugaan yang dilalui..
Daripada dia tak wujud lagi... Smpai la sekarang dia dah beranak pinak...
Gambar kucing putih tu Musyuk namanya... Hahahaa.... Time Baby dilahirkan tuh , time tu aku tengah final exam hari yg ke dua...
Aku balik je rumah si Musyuk dah beranak... Haaa.. dah alang tu jom baca biodata si Baby..


Nama: Baby 
Umur: Setahun
Baka: Domestic Cat
Anak Ke: 3 Daripada 4 adik beradik...
Ciri2: Nakal, Tak suka dibelai lama2, pandai berlakon
Seorang ibu daripada 5 anak...


Ini je la biodata secara ringkas Baby nie.... Btw, aku cadang aku nak bagi dia makan wet food..
Kalau beli kat luar mahal kan? Tambahan lagi, wet food kat luar ada bahan pengawet... 
Apa kata kalau kita buat wet food untuk si manja nak? Biasanya kucing dia suka gila kat wet food nie... Keburukan wet food nie berbau je la.. Hahahaa....

Jom, cekidauuutt! Senang je buat nie




Bahan2:
Ikan
Lobak
Bayam
Agar2

Langkah2:
Ikan dan lobak direbus tanpa garam,
Bayam dicelur,
Blander ketiga tiga bahan,
Masak agar agar,
Masukkan bahan yg diblander kedalm kuali bersama agar agar

Credit: DuniaKucing



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

DITAHAN! Sindeket Gores Dan Menang!





Assalamualaikum... 
Aku ingat lagi, time aku nak pi bayar saman polis kat UTC Melaka...
Aku duduk kat situ and ada orng buat report pasai gores dan menang nie...
Aku pun duk menyampuk la buat report jugak kat polis tu yang aku pernah terkena jugak...

Aku kena kat Tesco Melaka... Dia ada bagi 2 kertas.. kemain happy lagi dia dpt pancing kitorang masuk kat kedai dia kat sebelah Aeon tuh..
Tersorok lagi tempat dia....

Dia suruh kitorang cari duit berapa ribu entah dalam masa 1 hari... Baru leh dapat kereta sebijik..
Dia kata time tu jugak kitorang akan dapat....
Then, kitorang ckp la, camner nk dapat duit nie dalam masa sehari?? Sedangkan duit dlm bank kitorang pun tak sebanyak mcm tuh...

Aku pun mcm dah syak sesuatu.. Dia kata dia nak scan kertas yg kitorang dapat tu, untuk tahu hadiah apa...

Aku pun pelik, mcm ne diorang scan kertas kosong tu? Kalau ada barcode tu boleh la percaya boleh scan.. Hampehhh

Pastu dia kata la, kumpul duit tu and bagi num siri duit aje... Kitorang nak num siri dia... Pastu kitorang pulangkan duit tu balik.... And dia kata syarikat diorang dh didaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia..... 

Haaa.. lagi la aku tak percaya.. Aku gi sana tu untuk selidik aje.. Hahahaa.. takkan aku terpedaya! Ececehh...

Dia ada kata, I bagi U 3 hari aje untuk dapatkan duit tu....
Aku pun kata, okey la kalau mcm tu... Dia mintak ic num phone aje.. Tpi aku tak bagi, aku suruh mak aku bgi num fon dia aje.... 

Aku tengok riak muka 2 orng tu pun mcm lain macam aje....
Selang 3 hari, dia kol and mak aku tak angkat pun and lesap mcm tu aje....

So, aku citer la kisah aku nie kat polis... Dia kata jgn percaya.. And aku cerita la diorng tu sume ada lagi kat parking kereta kat Tesco Melaka tu... Sbb diorng pernah kejar aku untuk gores dan menang tu lagi.. So aku blaaa mcm tu je tanpa bagi salam apa2...

Lepas buat report, polis tu kata, okey nnti kita akan buat siasatan... Ooo.. rupe2nya banyak lagi syarikat gores dan menang kat Melaka nie ha.... Jumpa kat paper Sinar Harian... Hari nie..

MELAKA - Polis menahan 27 orang disyaki terlibat dengan sindiket gores dan menang dalam dua serbuan di premis sama di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam di sini pada Khamis dan Isnin lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam serbuan pertama pada Khamis, polis menahan tujuh orang termasuk dua wanita dalam serbuan pada 11 pagi manakala 20 orang termasuk lima wanita ditahan dalam serbuan pada 3 petang, pada Isnin.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus syarikat, penjaga premis serta jurujual gores dan menang.

"Siasatan awal mendapati syarikat yang terlibat dengan sindiket itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan menyasarkan pasar raya besar di negeri ini untuk mencari mangsa.

"Hanya dua daripada yang ditahan berasal dari Melaka manakala kerugian, bilangan kes terlibat dan jumlah mangsa masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
    
Chuah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau berkata, antara Mac hingga Oktober lepas, sebanyak 181 kes gores dan menang dilaporkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM1.5 juta.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sama sekali mempercayai apa yang ditawarkan sindiket gores dan menang ini, malah sekiranya didekati jurujual atau ejen sindiket ini, orang ramai perlu terus menolak dan menjauhkan diri," katanya. - Bernama

Sinar Harian 12,Nov 2014

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Setahun Dah Umur Baby!



Assalamualaikum

Eh, korang pernah tak kira tarikh lahir kucing korang or haiwan peliharaan korang?
Haa... aku ada.. nie haa... Si Baby...

Seorang yg manja, nakal, semuanya ada pada dia...! 

And tak lama lagi birthday dia... Yg ke setahun... Even baby nie dh setahun, tapi dia nie janda... 
Ada tak jantan yg nak kat Baby nie? Yg pasti jantan dari baka yg baik aa... yang bulu dia kembang2... Biar cucu hakuu pun comey2 belako...

Tak pe, nnti aku share okey cara buat makanan kucing sendiri (Wet Food)
Ala, kalau beli mahal oo.. 1 paket RM seringgit lebih.. Tu baru sepeket kecik...
Kalau dalam tin tu.. ya ampun, mahal giloss!

Yg jenama Royale tu... Kalau bgi kucing makan, comfirm menjilat jari kaki dia tu.. Smpai licin dia kebas.. Pinggan2 dia pun berkilat haaa... Begitu sedapnya.. 



Dah Bace Tu Try Komen Pulak