Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, November 23, 2014

Apabila Perempuan Merajuk..Apa Lelaki Patut Buat??



Assalamualaikum....


Sekarang nie bagi aku, aku nak rehat2 kejap....
Penat ar, lgi sikit je perjuangan untuk exam nie haa....

Hari Rabu nie aku ada exam Sejarah and Seni ulangan sem 2...
Harap aku dapat jawab la kan... Huhu

Entry nie special untuk sape2 yang couple seperti suami isteri atau adik beradik ke, mak sendiri ke kawan2 ke...

Sebab kaum wanita nie lebih kurang sama je sikapnya.... Ada time suka, sedih eh titibe merajuk pulak....

Nie antara salah satunya sebab apa perempuan merajuk


1) Sakitkan hati dia
-Kadang2 bila kaum Adam bersalah or what something wrong kat perempuan tu mesti perempuan tu sakit hati kan?? Pastu perempuan tu ada la dia lari and menangis dalam hujan ke.... Ala, macam ada kat drama Sinetron tu...
"Aku benci sama kamu... Benci benci... Lebih baik aku kabur.. Jangan kejarin aku lagi ...!"
Lepastu perempuan tu lari...

And percaya tak, sebenarnya perempuan tu nak suruh lelaki tu kejar dia and pujuk tau...
Maksud dibalik perkataan "Jgn kejar aku"
ialah
"Kejarlah aku, pujuk lah aku"


2) Menyentuh isu sensitif mengenai pada dirinya
-Dalam perhubungan mesti ada gurauan kan? Tapi, kadang2 kita terlepas bergurau dengan perempuan...  Dalam perhubungan jugak, mesti kita dapat mengenal tentang diri dia... and apa yang dia suka or tak suka..... Kadang2 perempuan boleh bawak gurau tapi jangan bergurau dengan cara yang salah...

Contohnya , perempuan nie gemuk and nak sangat kurus even dia tak leh kurus, makan makan ubat makin gemuk, makin bersenam makin bambamm...

Pastu lelaki nie pulak sebenarnya bergurau and dia kata
"Awak takkan dapat kurus la, awak makan banyak2 pun tak guna, hahaha! "
Jgn la kata macam tu -_-


3) Cemburu
-Nie sesuai untuk laki2 yang suka cerita tentang ex dia ... Dia kata ex dia mcm nie, macam tu.... and nak lebih2kan ex dia.....
Pastu perempuan mesti ar cemburu kn?
Kalau tak cemburu mksudnya tak sayang le tu... So, better tak perlu cerita tntng masa lalu... Past is past !


4) Perlukan kasih sayang
- Semua orang perlukan kasih sayang kan?? Nak2 perempuan yang manja nie ha....
Yela, kat rumah dia anak manja, mesti la dengan orang lain pun dia nak manja jugak....
Kadang2 bila lelaki bekerja and terlampau busy sangat at least kena luangkan sedikit je masa....
Kalau dia tak faham jugak, cakap baik2 kat dia..... 
Lepastu, pujuk dia... Even dia merajuk time tu, bila lelaki kata mcm tu, dia akan faham.. Percayalah... ;)


5)  Gedik!!
- Okey, part nie yang aku tak suka nak cerita... Tapi aku kena cerita jugak... Kadang2 perempuan nie ada sometimes dia akan jadi gedik... No... Tak semestinya gedik yang genyah tu... Gedik nak mintak perhatian sebenarnya... Sbb dia kurang perhatian kat rumah or ada masalah ke....
Kalau yg gedik yang melampau tu bila contohnya perempuan tu nak beli emas yang harga 1 juta rupiah tu... Ala murah je dia kata....

Tapi kebetulan lelaki tu tak ada duit , pastu perempuan tu tak faham.. Dan2 nak merajuk and nak unuh diri bagai sebab merajuk.. Tak ke gedik tu ? -_-
So, jangan layan... Lelaki kena tau dia gedik sebab mcm ne.. hehe... 
Aku tau, ramai lelaki kat luar sana tak faham dengan sikap perempuan nie sebab perempuan suka bagi double meaning...  Lelaki pula suka bagi straight to the point


Apa lelaki yang patut buat??

1) Pujuk dia
-Nie fokus utama.... Walaupun kadang2 tak berapa jalan, tapi tau tak perempuan suka lelaki bila pujuk dia time dia merajuk... Hahahaa...
Bgi la ayat manis sikit.....  :P


2) Bagi something kat dia
- Bgi la something yang dia suka.... Tapi jangan la melampau bgi tu, kalau suami isteri tak apa la ... Hehe


3) Bawak kat tempat yang tenang or tempat kenangan dulu2
- Tempat nie boleh jugak sebab boleh menenangkan fikiran perempuan tu ... And boleh menghimbau kenangan manis dengan dia... contohnya dalam situasi mcm nie
"Awak tau tak, tempat nie la yang awak jatuh dulu and saya la hero yang menyelamatkan awak... Awak ingat tak longkang kecik nie? Tempat sini jugak la kita saling bertukar2 nombor .. Ingat tak? hihi"
Sudah semestinya perempuan tu ingat sbb tempat tu tempat bersejarah bgi dia... 


4) Bawak berbincang
-Ayoo, nie kes yang serius nie, setelah bnyak teknik yang dah dibuat... 1 hapeee pun tak berkesan.. Memang betul2 hati batu nie... Cadangan aku, biarlah dia tenang dulu pastu try pujuk dia, bgi something and bawak la berbincang seelok2nya....


5) Bagi kaki!! And angkat kaki kemudian blaaaa
- Yang nie teknik yang terakhir.... Mksudnya perempuan tu bukan nak mintak dipujuk tapi sudah benci...
Nasihatnya blaa dari hidup dia....

Tamat kisah pada hari ini


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: