Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Wednesday, November 12, 2014

DITAHAN! Sindeket Gores Dan Menang!





Assalamualaikum... 
Aku ingat lagi, time aku nak pi bayar saman polis kat UTC Melaka...
Aku duduk kat situ and ada orng buat report pasai gores dan menang nie...
Aku pun duk menyampuk la buat report jugak kat polis tu yang aku pernah terkena jugak...

Aku kena kat Tesco Melaka... Dia ada bagi 2 kertas.. kemain happy lagi dia dpt pancing kitorang masuk kat kedai dia kat sebelah Aeon tuh..
Tersorok lagi tempat dia....

Dia suruh kitorang cari duit berapa ribu entah dalam masa 1 hari... Baru leh dapat kereta sebijik..
Dia kata time tu jugak kitorang akan dapat....
Then, kitorang ckp la, camner nk dapat duit nie dalam masa sehari?? Sedangkan duit dlm bank kitorang pun tak sebanyak mcm tuh...

Aku pun mcm dah syak sesuatu.. Dia kata dia nak scan kertas yg kitorang dapat tu, untuk tahu hadiah apa...

Aku pun pelik, mcm ne diorang scan kertas kosong tu? Kalau ada barcode tu boleh la percaya boleh scan.. Hampehhh

Pastu dia kata la, kumpul duit tu and bagi num siri duit aje... Kitorang nak num siri dia... Pastu kitorang pulangkan duit tu balik.... And dia kata syarikat diorang dh didaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia..... 

Haaa.. lagi la aku tak percaya.. Aku gi sana tu untuk selidik aje.. Hahahaa.. takkan aku terpedaya! Ececehh...

Dia ada kata, I bagi U 3 hari aje untuk dapatkan duit tu....
Aku pun kata, okey la kalau mcm tu... Dia mintak ic num phone aje.. Tpi aku tak bagi, aku suruh mak aku bgi num fon dia aje.... 

Aku tengok riak muka 2 orng tu pun mcm lain macam aje....
Selang 3 hari, dia kol and mak aku tak angkat pun and lesap mcm tu aje....

So, aku citer la kisah aku nie kat polis... Dia kata jgn percaya.. And aku cerita la diorng tu sume ada lagi kat parking kereta kat Tesco Melaka tu... Sbb diorng pernah kejar aku untuk gores dan menang tu lagi.. So aku blaaa mcm tu je tanpa bagi salam apa2...

Lepas buat report, polis tu kata, okey nnti kita akan buat siasatan... Ooo.. rupe2nya banyak lagi syarikat gores dan menang kat Melaka nie ha.... Jumpa kat paper Sinar Harian... Hari nie..

MELAKA - Polis menahan 27 orang disyaki terlibat dengan sindiket gores dan menang dalam dua serbuan di premis sama di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam di sini pada Khamis dan Isnin lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam serbuan pertama pada Khamis, polis menahan tujuh orang termasuk dua wanita dalam serbuan pada 11 pagi manakala 20 orang termasuk lima wanita ditahan dalam serbuan pada 3 petang, pada Isnin.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus syarikat, penjaga premis serta jurujual gores dan menang.

"Siasatan awal mendapati syarikat yang terlibat dengan sindiket itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan menyasarkan pasar raya besar di negeri ini untuk mencari mangsa.

"Hanya dua daripada yang ditahan berasal dari Melaka manakala kerugian, bilangan kes terlibat dan jumlah mangsa masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
    
Chuah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau berkata, antara Mac hingga Oktober lepas, sebanyak 181 kes gores dan menang dilaporkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM1.5 juta.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sama sekali mempercayai apa yang ditawarkan sindiket gores dan menang ini, malah sekiranya didekati jurujual atau ejen sindiket ini, orang ramai perlu terus menolak dan menjauhkan diri," katanya. - Bernama

Sinar Harian 12,Nov 2014

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: