Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Wednesday, December 31, 2014

Azam Last Year Or This Year??



Assalamualaikum...

Haa, as we know, kita dah masuk pun tahun baru kan?? 
Huwaa.. masing2 mesti tak sangka umur semakin tua... Hahahaa..
macam semalam je aku baru berjalan.. Hahaa.. ciss!

And umur aku time 2015 nie dah masuk 20 tahun.. Ehh, kejap betul masa berlalu.. Rasa macam baru semalam je masuk darjah 1.. Tup tup dah hilang dah angka "teen" kat belakang.. yang tinggal hanya angka "ty" sahaja... Aku dah takleh kata aku nineteen lagi.. Aku kena cakap umur aku Tweenty dah.. hahahahaa...


Btw, Kenapa setiap tahun ada azam tahun baru ye?
Kenapa? and kenapa kita dh tak ingat azam time dh pertengahan tahun and akhir tahun?

Korang sendiri ingat lagi tak azam awal tahun 2014 korang? Hahhaa. aku dah tak ingat.. yang aku tau azam aku setiap tahun sama je nak sempurnakan azam yang lepas.. Hahhaaa...

Ok la, aku serius nie... Nie antara 10 azam aku  last year ++... And azam yang dah aku buat cuma 1 je.. Azam yang terakhir sekali tu...




1. Menjaga pandangan mata
2. Menjaga percakapan
3. Menjaga solat 5 waktu sehari tak tinggal
4. Melakukan solat Dhuha sekurang2nya 3 kali dalam seminggu
5. Bangun tahajjud setiap  hari
6. Berzikir setiap hari
7. Berselawat sekurang2nya 10 kali setiap hari
8. Menjadi anak yang solehah
9. Menjadi seorang anak yang cemerlang dunia akhirat
10. Kesemua azam tidak tercapai lagi


Hurm, fikir2kan lah...  Kita tak tahu lagi tahun 2015 nie kita masih hidup atau tak.. Mungkin kita sempat jumpa awal tahun je ke? Mana tau kan... Yang paling penting berubah dengan lebih baik....
Itu sahaja... 
Selamat Tahun baru ye!!





Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, December 23, 2014

Lukisan Baby Girl


Assalamualaikum

Rasa lepas rindu aku dekat pensel and kertas...
Lepas habis final exam haritu, pensel langsung aku tak sentuh

Yang sentuh just Adobe Photoshop, After Effect, Youtube...
Skrng baru ada masa.. Huhu
Payah betul... 

Nie gmbar aku time kecik2....
Nite


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday, December 22, 2014

Kerana Main Kutu!!!!

Gambar Sekadar Perhiasan semata2

Assalamualaikum..
Harinie aku nak share tentang artikel semalam kat Sinar Harian...
Sekian lama aku tak baca isu semasa nie sbb busy keje maaa...

Penat, balik terus tidoq... Hahaha...
And semalam aku ada peluang baca current issue nie.. Huhu

Tentang padah main kutu...
Yg nie kita bukan cerita tntng kutu yg kat bulu kucing dan kat mana2 yang berkaitan...

Tapi tntng penipuan main kutu moden
Kononnya dapat pulangan berjuta2 or dapat emas bagai
Aku pun pernah terbaca kita bgi RM 300 dapat pulangan time tu jugak RM 500 something ar.. Tak hingattt ar

Group yg aku join dulu ramai yg main kutu moden tu, and ramai yg bagi feedback positif... And sekarnag group tu dh tak ada lagi.. Entah lesap pgi mana pun tak tau...

Boleh je main nie semua ... Tapi kalau boleh cari la yg jujur kan... tapi mana ada orng jujur sngt skrng nie, kan.. Erm...

Kutu moden/ kutu emas nie kita tak perlu tunggu turn kita... Kita just bgi duit.. Macam main saham tu...

Rupa2nya bnda nie penipu... And yg kena tipu tu majority perempuan and remaja.. Lelaki mcm tak ada je.. Hahhaaa

Sbb?? Perempuan nie ramai yg smbung belajar so dia bnyak guna duit.. Kena byar hutang ptptn sume.. So.. mudah tertipu dengan 1 perkataan iaitu DUIT!

Lagipun, perempuan nie hati lembut, pujuk sikit haaa, terus termakan...
So, jgn mudah tertipu! huhu T.T


Nie artikel semalam.. 
SINAR HARIAN, 22 DIS 2014


TEMERLOH - Seramai tujuh mangsa penipuan pelaburan emas menggunakan sistem penggiliran membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang wanita yang menganjurkan pelaburan tersebut, di sini semalam.

Kesemua pelabur mendakwa tidak menerima barang kemas dijanjikan penganjur yang dikenali melalui laman sosial Facebook (FB).

Salah seorang mangsa Marina Abdul Jamai, 37, berkata, dia mengetahui mengenai pelaburan itu pada Mac lalu dan tertarik apabila dimaklumkan pelaburan menggunakan sistem kutu tersebut membolehkannya memiliki emas tulen setelah tiba gilirannya.

Menurutnya, dia kemudian memasukkan wang tunai seperti dijanjikan di sebuah bank di Jengka sejak April hingga September 2014 berjumlah keseluruhan RM720.

“Sepatutnya saya terima barangan kemas itu pada September lalu, tapi sampai sekarang belum dapat. Apabila saya hubungi pemilik akaun berkenaan, dia beri macam-macam alasan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Temerloh, semalam.

Seorang lagi mangsa, Farnida Mohamed Norawi, 39, berkata, dia mengenali pemilik akaun FB itu sejak Mac lalu melalui seorang kawan yang terlibat sama melabur.

Menurutnya, selepas beberapa bulan, dia mengambil keputusan menyertai pelaburan tersebut dengan bayaran RM100 setiap bulan.

“Pada awal pelaburan, saya dapatkan maklumat lengkap mengenai penganjur dan hanya mula melabur pada Ogos 2014. Apabila ingin melabur untuk bulan keempat, saya dapat maklumat dalam laman sosial mengenai pelabur terdahulu masih belum menerima barangan kemas seperti yang dijanjikan.

“Saya ambil keputusan menarik diri daripada skim itu dan cuba pujuk penganjur pulangkan duit saya... Tapi, selepas dia berikan pelbagai alasan, saya hanya menerima kembali RM200,” katanya.

Menurutnya, dia turut dimaklumkan terdapat ramai individu yang turut menjadi mangsa penipuan penganjur berkenaan.

"Selain kumpulan kutu yang saya sertai, ada 20 lagi kumpulan lain dari seluruh negara menjadi mangsa penganjur yang sama. Ini bukan lagi soal wang sikit atau banyak... kalau kami tak buat laporan polis, kami bimbang ramai lagi akan jadi mangsa pelaburan kutu emas ini,” katanya.

Sementara, Aspa Zaida Saidin, 25, yang juga mangsa penipuan pelaburan ini berkata, dia sepatutnya menerima barangan kemas mengikut giliran kutu pada Oktober lalu, namun sehingga kini masihk menerimanya hingga dia kerugian RM500.

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tempahan Coklat Homemade Murah Dan Sedap

Assalamualaikum..


Hai.. Ada sape2 tak yang nak coklat macam nie??
Coklat homemade .. 100% buatan tangan 

Harga mampu milik aku bagi..
Boleh tempah warna
Tak ada cas untuk tempahan huruf...

Ada dalam box dan plastik...
Hantaran, hadiah untuk doorgift pun ada...

Perisa percuma!
Apa2 perisa.. Nak tempah letak kacang pun boleh...

Semua customer bagi feeedback positif dan nak repeat order!


DIJAMIN TAK CAIR ! Kecuali letak coklat kat tengah panas atau dalam oven
Letak kat suhu bilik atau dalam peti sejuk

Contoh homemade coklat perisa strawberry di dalam


Untuk doorgift.. Sample punya Perisa strawberry dan dilapis dengan coklat di bawah


Contoh Alphabet.. Orange + Coklat


24 biji dalam box


Contoh yang disiap di packing


Contoh order 12 biji dalam box


TESTIMONI + FEEDBACK CUSTOMER






Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, December 9, 2014

Tempahan Coklat Homemade



Assalamualaikum




Haa, nie coklat homemade yang aku buat sendiri...
200% buatan tangan dan tak menggunakan apa2 mesin kecuali dapur gas ....


Boleh menempah nama...
Sesuai untuk bgi hadiah kat awek kat boyprend kat adik2 sedara mara, cucu, mak , ayah dan sebagainya..

Dan khususnya bgi penggemar coklat...
Coklat homemade nie bukan coklat calang2 jenama mcm jenama Tesco, Mydin, Giant dan coklat brand cap ayam...

Tambahan lagi, coklat nie boleh menempah alphabet sendiri a.k.a boleh tempah nama sendiri kat setiap box...

Boleh tempah dengan pelbagai warna! Mcm2 ada.. Nk warna mcm lampu trafic light pun boleh.. Merah , kuing hijau... 

Nk tambah perisa kat dalam coklat pun boleh...
Korang pernah tengok tak coklat Dynamite nie ha??

Dekat dalam coklat nie ada inti coklat yang mencair kat dalam kann??
macam nie la inti coklat yang aku buat nie...
Ada perisa + inti kat dalam cokalt tu...
Bayangkan la, dalam coklat ada inti
Nyummmm



Haa, okey, kalau ada sape2 nak tempah leh pm 
Email: ceritanurulcahaya@gmail.com


Yang kat bawah nie pulak feedback customer...






Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Mengenali Solat Jamak Dan Qasar




SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. 

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. 
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat. 

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. 
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. 

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini : 

Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala 
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. 

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, December 3, 2014

Senarai Resipi


Resipi Kek




Tempahan Coklat Homemade Murah Dan Sedap!


KLIK SINI!!! DIJAMIN SEDAP 



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tutorial: Cara Membuat Diari Sendiri Menggunakan Microsoft Word


Assalamualaikum

Hai semua... I want to share another tutorial to u all...

Tutorial kali nie cara nak buat diary modern pada abad ke 21 nie ha... Segala2nya canggih tau you...

Bagi sape2 yang tak tau lagi, aku nk tunjukkan mcm ne nak letak password kat dalam microsoft word korang...

Korang boleh letak new folder mcm aku wat nie ha...
Ok, jom kita mula kan..


Mula2 korang kena la create folder dulu kan? Macam biasa , right click kat dasboard korang.. pastu tekan New pastu tekan new folder....

And korang akan dapat new folder yang biasa... Tapi untuk diari nie, korang boleh change icon folder korang dengan icon cute lagi... Tengok tutorial nie


Ok, dah selesai semua, korang boleh buat diari korang sendiri... Boleh decorate gambar, background...
Kalau mcm aku wat mcm nie....



Nie contoh diari yang aku wat... Microsoft word nie banyak kegunaannya kan... Untuk privacy pun ada...


Masukkan password dulu , baru save okey


Masukkan password yang korang nak letak pastu retype password balik


Last step, save diari korang..


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tutorial Change Folder Icon



Assalamualaikum

Harinie aku nak share kat korang 1 tutorial mudah...
Maybe ada antara korang yang tau.. Ada antara korang yang tak tau...

Hee.. Jom tukar icon folder korang kat komputer/laptop korang dengan mudah!

Befor this, korang boleh download free icons kat sini
Korang boleh tengok kat category and boleh jugak search kat button search tu okey...

Lepas dah tengok icon apa yang korang nak, korang boleh download dengan cara nie:

Lepastu korang pilih... Aku pilih untuk shortcut punya untuk change icon... Shortcut nie kalau korang dah install pastu tiba2 ada kat dekstop...
Tapi, tak semua shortcut yang boleh change icon tau....

1) TUKAR FOLDER UNTUK SHORTCUT










2) TUKAR FOLDER ICON

Nie satu lagi cara.....  Folder nie comfirm korang boleh tukar sebab korang la yang buat new folder..





Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, December 2, 2014

Resipi Swiss Roll Mudah

Assalamualaikum ....

Pada malam yang berbahagia ini, sesuai la ye kalau kita saling berkongsi2 resipi.. Nak2 resipi yang nie...

Perhhh... Mabeleesss sungguh rasanya....

Jom Cekidauttt
Kredit to http://www.kongsiresepi.com/


Nampak enak bukan??
Haa, rupe2nya senang nak buat benda nie tau....


Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla (Tapi saya letak perasa pandan)

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
coklat emulco dan lidi  
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat (saya gunakan 200g unsalted butter + 150g icing sugar shj)

Loyang 9"x 13" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun. 


4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C.


6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai kek. 



7. Terbalikkan dan sapu cream. Gulung perlahan-lahan. Celup lidi didalam coklat emulco untuk membuat corak biji strawberry.








Dah Bace Tu Try Komen Pulak