Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Monday, December 22, 2014

Kerana Main Kutu!!!!

Gambar Sekadar Perhiasan semata2

Assalamualaikum..
Harinie aku nak share tentang artikel semalam kat Sinar Harian...
Sekian lama aku tak baca isu semasa nie sbb busy keje maaa...

Penat, balik terus tidoq... Hahaha...
And semalam aku ada peluang baca current issue nie.. Huhu

Tentang padah main kutu...
Yg nie kita bukan cerita tntng kutu yg kat bulu kucing dan kat mana2 yang berkaitan...

Tapi tntng penipuan main kutu moden
Kononnya dapat pulangan berjuta2 or dapat emas bagai
Aku pun pernah terbaca kita bgi RM 300 dapat pulangan time tu jugak RM 500 something ar.. Tak hingattt ar

Group yg aku join dulu ramai yg main kutu moden tu, and ramai yg bagi feedback positif... And sekarnag group tu dh tak ada lagi.. Entah lesap pgi mana pun tak tau...

Boleh je main nie semua ... Tapi kalau boleh cari la yg jujur kan... tapi mana ada orng jujur sngt skrng nie, kan.. Erm...

Kutu moden/ kutu emas nie kita tak perlu tunggu turn kita... Kita just bgi duit.. Macam main saham tu...

Rupa2nya bnda nie penipu... And yg kena tipu tu majority perempuan and remaja.. Lelaki mcm tak ada je.. Hahhaaa

Sbb?? Perempuan nie ramai yg smbung belajar so dia bnyak guna duit.. Kena byar hutang ptptn sume.. So.. mudah tertipu dengan 1 perkataan iaitu DUIT!

Lagipun, perempuan nie hati lembut, pujuk sikit haaa, terus termakan...
So, jgn mudah tertipu! huhu T.T


Nie artikel semalam.. 
SINAR HARIAN, 22 DIS 2014


TEMERLOH - Seramai tujuh mangsa penipuan pelaburan emas menggunakan sistem penggiliran membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang wanita yang menganjurkan pelaburan tersebut, di sini semalam.

Kesemua pelabur mendakwa tidak menerima barang kemas dijanjikan penganjur yang dikenali melalui laman sosial Facebook (FB).

Salah seorang mangsa Marina Abdul Jamai, 37, berkata, dia mengetahui mengenai pelaburan itu pada Mac lalu dan tertarik apabila dimaklumkan pelaburan menggunakan sistem kutu tersebut membolehkannya memiliki emas tulen setelah tiba gilirannya.

Menurutnya, dia kemudian memasukkan wang tunai seperti dijanjikan di sebuah bank di Jengka sejak April hingga September 2014 berjumlah keseluruhan RM720.

“Sepatutnya saya terima barangan kemas itu pada September lalu, tapi sampai sekarang belum dapat. Apabila saya hubungi pemilik akaun berkenaan, dia beri macam-macam alasan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Temerloh, semalam.

Seorang lagi mangsa, Farnida Mohamed Norawi, 39, berkata, dia mengenali pemilik akaun FB itu sejak Mac lalu melalui seorang kawan yang terlibat sama melabur.

Menurutnya, selepas beberapa bulan, dia mengambil keputusan menyertai pelaburan tersebut dengan bayaran RM100 setiap bulan.

“Pada awal pelaburan, saya dapatkan maklumat lengkap mengenai penganjur dan hanya mula melabur pada Ogos 2014. Apabila ingin melabur untuk bulan keempat, saya dapat maklumat dalam laman sosial mengenai pelabur terdahulu masih belum menerima barangan kemas seperti yang dijanjikan.

“Saya ambil keputusan menarik diri daripada skim itu dan cuba pujuk penganjur pulangkan duit saya... Tapi, selepas dia berikan pelbagai alasan, saya hanya menerima kembali RM200,” katanya.

Menurutnya, dia turut dimaklumkan terdapat ramai individu yang turut menjadi mangsa penipuan penganjur berkenaan.

"Selain kumpulan kutu yang saya sertai, ada 20 lagi kumpulan lain dari seluruh negara menjadi mangsa penganjur yang sama. Ini bukan lagi soal wang sikit atau banyak... kalau kami tak buat laporan polis, kami bimbang ramai lagi akan jadi mangsa pelaburan kutu emas ini,” katanya.

Sementara, Aspa Zaida Saidin, 25, yang juga mangsa penipuan pelaburan ini berkata, dia sepatutnya menerima barangan kemas mengikut giliran kutu pada Oktober lalu, namun sehingga kini masihk menerimanya hingga dia kerugian RM500.

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: