Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Tuesday, December 2, 2014

Resipi Swiss Roll Mudah

Assalamualaikum ....

Pada malam yang berbahagia ini, sesuai la ye kalau kita saling berkongsi2 resipi.. Nak2 resipi yang nie...

Perhhh... Mabeleesss sungguh rasanya....

Jom Cekidauttt
Kredit to http://www.kongsiresepi.com/


Nampak enak bukan??
Haa, rupe2nya senang nak buat benda nie tau....


Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla (Tapi saya letak perasa pandan)

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
coklat emulco dan lidi  
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat (saya gunakan 200g unsalted butter + 150g icing sugar shj)

Loyang 9"x 13" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun. 


4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C.


6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai kek. 



7. Terbalikkan dan sapu cream. Gulung perlahan-lahan. Celup lidi didalam coklat emulco untuk membuat corak biji strawberry.








Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: