Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Thursday, November 26, 2015

Cara Senang Edit Gambar Kembar Anda Tanpa Cacat Sikit Pun!!



Salam, haaaa... Nie la hasilnya.... Kembar.. Tapi edit jea nie... Macam sama je kan?? Mmng sama sbb dua2 tu aku ahhahaa...

Sebenarnya senang sangat2 buat teknik kembar nie and tak da cacat2 mana pun sbb kita bukan guna teknik cut tapi teknik delete layer.... Sebenarnya teknik dia , kamera kena statik.. Klu boleh kena ada tripod la supaya kamera tu statik kt tempat yg sama.. And korang letak lah timer korang then korang duduk... Jom, mcm nie maksud aku




First buka Photoshop korang... Klik File>open.. 
Pastikan kena ada 2 gambar yang posisi berlainan tapi tempat yang sama...



Haaa, nie gambar yang lagi 1... Faham kan mcm mana??


Lepastu, korang buka imej yang kedua tu and tekan ctrl+A dengan serentak.. Sampai dia keluar dashed yang gerak2 tu baru korang cut dengan tekan ctrl+x dengan serentak...


Lepastu korang buka imej pertama korang tu and paste kan imej pertama tu dengan cara tekan ctrl+v untuk paste


Untuk emmudahkan kerja, korang kena unlock layer yang pertama tu.. (Kalau x nk pun x apa) caranya double click mangga tu untuk unclock layer tu..


Lepastu, korang klik layer atas iaitu layer kedua.. and turunkan opacity... Sbb, kita nak delete layer.. Caranya pergi dekat kanan Photoshop sebelah atas... klik situ and turunkan opacity


Lepastu korang tekan eraser tool and pilih eraser yang bukan solid tu... Sbb kalau solid nnti nmpak... 


Lepastu korang delete la gambar tu iaitu gambar sebelah kiri  bukan sebelah kanan tu..


Lepas dah siap, delete, korang pergi dekat opacity tu balik and korang tukarkan kepada opacity 100%
Then, kemaskan layer... 

Selamat mencuba!


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, November 18, 2015

Kalau Anda Lelaki Jangan Baca. Nanti Menyesal.


Assalamualaikum,

saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.

sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..

tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.

tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,

sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?

tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~

lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.

mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?

satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...

yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'

saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.

dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.

err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?

'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.

'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.

entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,

tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'

saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.

please, sama-sama jaga diri...

satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.

terpukul.
terpana.
terasa.

semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?

Astaghfirullah.

kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?

saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.

sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.

saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.

saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,

saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.

saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!

banyaknya dosa saya.
:"(

Allah,
Allah,
Allah.

saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.

bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...'

dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.

saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.

dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.

jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.

dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.

doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.

Insha-Allah.

Sumber: Facebook


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, October 25, 2015

Tempahan Design Blog Murah Kini Dibuka!


Assalamualaikum

Tempahan design blog template anda sendiri kini dibuka!
Ada 2 pakej iaitu pakej A dan Pakej B

Pakej A merupakan pakej full template...Template termasuk:

Header
Outer Wrapper
Footer
Sidebar and post design

Free : Simple Your own logo
Harga: RM30++

Pakej B merupakan full template + full blogPakej B termasuk:

Full Template termasuk Header, Outer Wrapper dan Footer,
Sidebar and post design
Floating social media icons or sidebar social media icons
Servis pemasangan iklan di blog
Simple Your Own logo
Remove Attribution, remove segala benda yang tak berfaedah
Menu tab
Slider + Free design untuk slider
Servis pemasangan button follow dan dashboard 
Linkwithin (You might also like)
Servis pemasangan kotak shoutbox (Boleh sama ada nak masukkan ke dalam sidebar atau floating)
Servis pemasangan button like and share di post
Remove attribution dan segala buang segala yang tak berfaedah
Servis pemasangan fanpage di Facebook

Harga RM50++

P/S: Harga akan menjadi ++ bergantung kepada kerumitan design...
Harga paling rendah boleh diberi

Contoh design blog: 


Contoh design full blog with template

Segala pertanyaan melalui design boleh mesej di FB
Atau email: ceritanurulcahaya@gmail.com




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, October 24, 2015

BEST! Hari Konvokesyen!




Assalamualaikum,
Harinie aku trlibat mengenai upacara konvokesyen...
Untuk pertama kalinya aku tengok cara diorang ambik scroll...

Aku punya kokurikulum terlibat untuk jadi penonton masa konvo nie.. First impression aku tngok diorng konvo nie , wah rasa mcm aku pula yang ada kat pentas tu, aku tak leh bayangkan mcm ne happy nya mak ayah aku tngok aku ambik scrool atas pentas tu wehh huhu.. 
Rasa mcm nak nangis pun ada huk huk~

Selama aku hidup nie, nie first time aku tgok. sbb sblumm nie aku tengok kat gambar je n dkt uni2 sekitar rumah aku je, tak pernah pula aku tngok mcm ne kan...

Konvo nie klu kat sekolah lbih kurang mcm hari Q la... hari untuk anugerah pelajar2 cemerlang semua...
Tapi kat Uni, ada anugerah diraja semua, ada anugerah tesis terbaik.. Tapi tak macam kat sekolah, kat sekolah lbih banyak anugerah....

Best la aku tngok diorng , ada 2 orng dpt anugerah diraja nie... Aku tengok perhh,, kalau la aku dpt kan bagus.. Tapi mcm la aku mmpu hahahaaaa....

Sokey2, tak salah klu nk mncuba ye tak.. 

Gambar kat bawah nie la masa hari konvokesyen berlangsung... Dekan2 kot yang ada kat atas tu, perarakan besar masuk ke dewan ... 

Yang degree tu lbih ramai la mcm biasa, tpi klu PhD tu yang ramai orang asing je, master tu sorang dua je yang orang Malaysia...


Yang ni masa perarakan besar masuk kt dlm dewan..
Mcm best je kan pakai jubah tu, kali first n terakhir aku pakai jubah tu masa konvo 6 tahun ahhahaaa...
Tapi actually, masa dorm 6 pun bnyak sekolah yg adakan hari konvo, tpi sekolah aku takda, sedih kot, huhu..... Masa form5 pun takda, so aku x berpeluang la nk pakai jubah tu.. Yang aku berpeluang cuma ambik sijil je kat pentas T_T 
huhu


Sempat lagi aku selfie, sejuk gila kat dewan tu , naik beku aku, Freezee!!



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, October 21, 2015

Artworks


























Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, October 20, 2015

KISAH PANAS DI HATI INI: Lama Gila!



Assalamualaikum....

Setelah berkurun lamanya.. Akhirnya wehhh akhirnya selesai juga dokumen PTPTN nie... 
Aku nie ekceli tak mau nie pinjam2... Ikat 9 tahun weh, aku dah berkeluarga dh masa tu.. Huhu, eh ehh......

Klu kahwin lps bljr anak aku dh sekolah rendah tu tak habis bayar lagi... Nasib baik aku ambik STPM dulu so hutang pun x menimbun...

Yeah! Thats y aku dh ada prinsip nak apply JPA .. Hukss~ Harap dipermudahkan la , and aku harap aku dpt la... Aku x mau hutang! walaupun hutang kat IPTA jauh lebih murah berbanding IPTS.. 

Haritu kat Uni aku ada wat roadshow... yg  tu pun ramai juga dia bagi talk je pun, dewan kuliah yg sebesar2 alam tu penuh tau.....

Lepastu baru2 nie PTPTN dtng kat Uni kitorang balik untuk collect all documents for PTPTN loan.... and students yg dtng dari pukul 7pg dtng  tu pukul 4ptg baru habis...
Bayangkan mcmner sesaknya dewan tu, berhimpit2 macam tin sardin pun ada...

Berebut2 sampai lunyai dh kertas aku dibasahi peluh2 hahahahaaa....

Aku pula datang pukul 11 tgh hari tadi.... Lepastu aku masuk la kat dewan nie... Dh sampai depan dah untuk dapatkan tempat duduk, dalam pukul 12 lebih something cmtu lepastu hakak tu bgi tau

"Dikkk, kitorang semua akan rest pukul 12:45 yea sampai pukul 2 ptg.. So, korang boleh solat dulu semua"

And perasaan hambar dan agak keciwe kat situ.... Aku pun apa lagi bla laa..... pergi bli mkn kejap je pun huhu...

Dalam pukul 1 tu aku dtng balik...  bila aku sampai jea, adoiii, kena beratur balik huhu... Gedebak gedebuk aku terpaksa la tahan bau2 yg ada kat situ 

Sampai nk termuntah aku duduk situ... 



Lepastu dh diorng tolak2 lagi adehhh.... Ramai juga yg potong Q
Mumule x beranjak langsung....

Lepastu dalam pukul 5 cmtu selesai lah semua.. So, kira2 dlm 5 jam juga la,, akhirnya aku pun pergi dengan tenangnya.. Hahhaa... Padahal dia main cop2 je kat depan tu, tunggu tu weh kemain lama lagi... Huks (Menangis dalam debu) T_T



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, October 10, 2015

[HANGAT] Kisah Sebenar Kehilangan Anak-Anak Orang Asli





Kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini.

23 Ogos 2015

Tujuh muridOrang AsliSekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Mereka terdiri daripada Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira jam 2.25 pagi.

Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

25 Ogos 2015

Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

1 September 2015

Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

17 September 2015

Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.
Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), RELA dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

28 September 2015

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

7 Oktober 2015

Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

8 Oktober 2015

Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

9 Oktober 2015

Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

Dua orang kanak-kanakyang terselamat itu dikenali sebagaiNorieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. Foto BHarian Online

Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.
Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun
Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, September 16, 2015

Pereputan Beramai-ramai


Assalamualaikum

Harini hari Malaysia kan, the best thing is CUTI CUTI CUTI!!!!!! Yes!
Tak seperti di Melaka, Keyyel semua...
Jerebu merata2, kabus katanya~

Susah nak jumpa kan kabus di Keyyel? Siap pakai mask gitu... tapi di hutan Sintok hujan je dari semalam...

Hujan dari tgh hari semalam rasanya... Huhuhu...

Jadi daripada keluar jalan2, baik duduk dalam bilik kan.... Kalau nk jalan sekitar UUM hujan pula,
Daripada menyusahkan diri untuk menjadi suhu yang begitu hangat, baik kita duduk je mereput beramai2...

Apa yang aku buat masa hari Malaysia?
Aku bukannya pergi keluar pun, tapi aktiviti aku harinie adalah update blog, online, mendesign, makan makan makan makan! yea! atau lebih dikenalai menternak lemak again....

Tak lama lagi raya haji, huhu.. Rindu nak makan orang lembu...

NotaCakapCakap: Biarlah aku mereput disini sendirian, esok ada kelas pula, pack pula tu jadual -,-' Esok x leh mereput mcm nie lagi hoho


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Sunday, September 13, 2015

Akhirnya..... Kat Sini Juga!


Assalamualaikum,,

Fuhh, akhirnya setelah berkurun blog aku, dapat juga aku mengupdate hehe...  
Alhamdulillah, dengan pointer yg tak seberapa aku dapat juga kos yang aku minat ... Semestinya dalam management.. Aku ambik kos Bachelor Creative Industry Management (BCIM Hons) dekat Universiti Malaya   Utara Malaysia (UUM).. Actually, mumule aku agak sedih why aku daapt jejauh nie, and aku agak keciwa sebab aku x dpt UPM kos architecture... Tak tau lah nak dimanakah silap aku masa interview UPM haritu...

Sokeyy sokeyy, tapi aku dapat juga kos yang aku nak.... Iaitu melibatkan dalam bidang design... Alhamdulillah, ada juga basic design2 nie huhu, jadi x ada lah kelam kabut nanti kan... Allah sebaik2 perancang...

Perjalanan yang memakan masa selama 9jam+++++++ tu agak geram juga sebab jauh kot dari Melaka! huhu... Ke penghujung Kedah gituww tak pernah2 gi Kedah... ahhaaaahaa...

Minggu orientasi  agak memenatkan wehh... Aihh boleh fengsan haku, tapi kejap je kan, sampai lenguh kaki nie mcm nk tercabut la kaki berjalan dari asrama....

Serious aku ckp, mumule mmng x biasa ar duduk sini, sebab aku nie x pernah duduk hostel.... Jadi aku x tau, Mumule hari pendaftaran tu  masa ambik kunci bilik aku agak fening juga la ramai kot... Aku dapat dekat Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Malaysia Airlines... Dekat UUM nie korang x akan duduk rumah sewa... Kalau x aktif paling x pun kena kick dekat hostel lain... Kat sini kalau bgi student yg dh berkahwin pun ada hostel dia.... 

Lepas tu, aku masuk la bilik dia, fuhhhh, ada 2 je katil, so aku duduk dengan rumet aku sorang jea... agak besar juga n block kitorang nie block lelaki actually.. Disebabkan kaum2 wanita lebih ramai daripada kaum lelaki, jadi DPP kitorang nie semuanya kaum wanita!!! Go Wanita Goooo!! eh ehhh?

And 1 DPP boleh memuatkan seramai 400++ junior sahaja hihi... Jadi klu gbung dengan senior kat DPP kitorang sampai 500 kot... DPP lain lagi .. huhu... DPP kitorang yg first wujud kat UUM nie, kiranya dekat lah dengan school kitorang haaa..

 Dekat Universiti Utara Malaysia nie banyak kemudahan .... Besar gile! semuanya complete... Nak sukan apa ? swimming pool? Go Kart? Memanah? Berkuda???? Zoo mini pun ada.. Burung Unta pun ada... Kiranya klu nk release tension tu pergilah duduk tepi tasik ye, jangan lupa kita juga boleh berkawan dengan kera2 yang berlari berkejaran seindah bunga di taman...


Masa nie masa nak daftar nie daftar tu, woo pening kot... errrr huhu




Kandang Kuda


Kad Matriks... Kad matriks nie boleh cucuk duit sekali ;) 
(Abaikan muka mulut senget sebelah tu) -_-''


Keadaan bilik aku sebelum dan selepas... Mumule masuk agak berhabuk, yela, diorng tingglkan hostel 3 bulan kot huhu.... Dekat bilik aku, kat dinding aku letak study corner.. Jadi apa2 info aku letak kat situ je.. nak2 kalau subjek yang kena hafal mmng aku tampal je kat mana2 aku sllu tngok, kat cermin lah, kat almari lah, semua aku letak.. Bilik aku pun penuh dengan tampal2 nie hahahaa... Tak apa lah, asalkan aku bahagia~  (agak pink disitu) HoHoHo


Masa hari pendaftaran



Pengagihan baju DPP kitorang


Dalam bilik kuliah


Dan yang ni masa hari bacaan Ikrar....

Aku harap, aku dapat genggam segulung ijazah... dalam umur aku 23 dah habis degree Insya Allah, sem1 nie aku nak dekan huhu... Tak nak actually PTPTN nie nak JPA terus... Insya Allah...

And, nie lah cita2 aku sebelum2 nie iaitu nak buka bisnes dalam industri design... Insya Allah, doakan aku berjaya...


Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Monday, June 15, 2015

Jangan Baca Artikel Ni Kalau Anda Taknak Sihat!



Assalamualaikum....

"GC TEA UBAT UNTUK PESAKIT DIABETES!"


AWAS!!!! Tahukah anda penyakit Diabetes nie bukan hanya menyerang golongan tua sahaja?
Mungkin juga golongan muda boleh terkena Diabetes nie! Terutamanya yang mempunyai keturunan Diabetes nie!

Pesakit Diabetes haruslah sentiasa mengawal pemakanan terutamanya yang bergula...
DIABETES nie amatlah membahayakan ... DAN BOLEH MEMBAWA MAUT!!!!

DIABETES juga boleh menyebabkan penyakit buah pinggang, jantung dan akhirnya terkena strok!

Apa kata, kita minum GC Tea nie? Khas untuk pesakit Diabetes...
Jangan biarkan diri anda diserang penyakit kronik ni..

Macam2 boleh terjadi...

GC tea nie mempunyai pemanis semulajadi tau.. Jadi tak perlu risau2...
Jom, cikidautt apa itu "GC Tea"


Gambar di atas merupakan kelebihan GC Tea


 Kenapa perlu ambil GC Tea??

1) LANGSING manakala gula terkawal

GC tea telah mengambil manfaat daripada Teh Hijau ke tahap seterusnya dengan campuran herba tambahan yang meningkatkan metabolisme gula dan mengawal pengambilan gula. Anda boleh rasa kehilangan berat badan dan badan langsing apabila minum GC Tea dengan kerap.

Jadi!!! Bukan hanya dapat menyihatkan tubuh badan, tetapi dapat melangsingkan badan tu!! Kiranya 2 in 1 nie!!

2) TIADA kalori

Tiada masalah jika diambil untuk tempoh yang lama.

3) TIADA kandungan gula

4) MENGANDUNGI pemanis semulajadi

5) TIADA bahan kimia, pewarna, perasa dan pengawet

6) TIADA kesan sampingan atau dadah

7) 100% semulajadi

Cara Minum Air GC Tea



Siapa Yang Perlu Ambek GC Tea Nie???

1) Yang kena ambik GC Tea nie opkos la yang mempunyai penyakit Diabetes, penyakit buah pinggang dll

2) Sesiapa yang nak kuruskan badan dengan minum teh! Teh nie banyak khasiatnya yea... Sebab tu orng cina suka minum teh untuk lebih sihat dan ramping jaa

3) Sesiapa yang ingin mengawal gula dalam darah.. Yang terlebih glucose dan yang kurang ;)










Dah Bace Tu Try Komen Pulak