Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Wednesday, January 28, 2015

Pernah Gagal? Baca Entri Ni


Assalamualaikum

Siapa kat sini tak pernah gagal?? Haa sape? Siapa yang boleh naik ke puncak anak tangga kalau dia tak naik anak tangga paling bawah??

28/jan/ 2015 result semester 3 keluar..
perlbagai perasaan ada.. Mumule mmng nak check lepas balik kerja.. Tapi entah la.. Sama je kalau kita check esok ke harinie ke tu lah result kita

Aku bukan nak menunjuk atau apa... Tapi aku nak kongsikan pengalaman aku ...
Alhamdulillah, result kalini tak mengecewakan untuk aku, meskipun ada gred 1 B jew dalam result aku tuh.. Apa2 pun aku ucapkan terima kasih sangat2 pada cikgu2 yang dah bimbing dah mengajar .. Tanpa mereka siapalah aku? :')

Aku bukan dilahirkan mempunyai otak yang cerdas dan cergas.. Aku tak pandai pun sebenarnya..
Bila time result je aku nak sangat orang ucap "TAHNIAH" kat aku.. dari aku UPSR sampailah sekarang nie... Yg aku cuma dapat "CUBA LAGI NEXT TIME"

Yang paling banyak orang cakap pun "TAK APA BUKAN REZEKI" , "EH OK LA RESULT TU MANA ADA TERUK"

Actually, aku minat sangat belajar.. Bukan nk kata apa.. Aku cuma nk kongsikan pengalaman aku je..
Time aku tadika aku tak menangis pun masuk kelas.. Malah umur aku 4 tahun pun aku dah kayuh basikal nak pergi sekolah... 

Aku mmng suka sangat belajar.. Tapi aku tak pernah dpt hasil apa yang aku usahakan selama ni
Aku dah guna banyak sangat teknik.. Sejak aku UPSR lagi.. Daripada buat nota, terus ke mengajar... Tpi result tetap biasa aje...

Sampailah time aku SPM, mood aku memang down gila2.. Sebab result aku tak memuaskan! Daripada Gred A sampai Gred G ada dalam result SPM aku..

Aku dah down sangat time tu.. Sbb aku nak sambung kos Graphic.. Tapi aku tak dapat UiTM.. setelah dikaji aku mmng tak layak pun ambek UiTM sebab aku keturunan cina.

And berkat sokongan kawan2 aku and someone yang special dia mintak aku supaya sambung pelajaran kat form 6.. Haaah? Form 6 ? biar betik? Aku tak minat form 6! Susah! Arghh! Form 6 nie aku pandang sebelah mata je dulu.. Bukan sebelah mata, mmng tak pndang langsung..

Tapi nk buat mcm mana kan? Takkan aku nk ambek ipts? gaji mk ayah aku berapa jea? UPU tak dapat, poli tak dapat, matriks tak mintak, form 6 tak dapat.. Adeh.. Time tu aku pikir nak mati je.. Nak belajar family tak support...


DEYY! Pnjang nya aku bercerita! Ok, lepas aku start form 6 aku try teknik yang baru.. Aku fikir and naikkan semangat aku, kenapa kita tak bangun daripada kegagalan? Bukankah 2 orang pencipta kapal terbang pun dah diejek sbb nk buat kapal terbang?
Bukankah sainstis tersohor tu seorang yang tidak tau membaca?
Sehinggakan dia dibuang sekolah sebab terlalu lembab?
Sampaikan mak dia tak tau sekolah mana yang terima dia belajar?
Haa, dialah Thomas Eddison! 
pencipta mentol lampu
Hampir 10 ribu kali dia cipta filament dalam mentol lampu

Kenapa yang kita nie tak boleh jadi macam dia?
Bukankah Mydin Mohamed tu dulunya bukak gerai runcit sebelum dia dapat mendirikan shopping murah yang terbesar??

Mereka juga pernah berada di bawah!
So, aku try motivated diri aku.. Aku nak pastikan aku dapat result cemerlang lepasnie..
Sem 1, aku buat terbaik.. tpi still xseberapa result..
Sem 2, ke barat.. sebab busy wat kajian...

Sem 3 aku down balik.. Sampailah kawan2 aku yang kat matriks dapat masuk U.. membuak2 dada aku nie nak follow diorang... Adehh sabar je time tuh!
nak masuk U!!
Tu je fikiran aku time tuh...
Ambek masa lah jugak... Sem 3 tu.. Aku try buat yang terbaik...



Aku tak boleh study last minute... Aku tak boleh gabra.. Nnti gabra la aku, hihi..
So, aku study betul2... Aku kalau study, aku study sorang2.. Biar mngantuk sikit asalkan aku boleh concentrate... Setiap hari Sabtu dan Ahad aku akan pergi Library yang tak ada kawan2 aku kat sana.. Bukan nak sombong.. Tapi cuma nk ketenangan sahaja.. Tpi ada time aku kena study dengan kwn2 aku... Mana boleh sembunyikan diri aje..

Kalau otak tak berapa nak bijak mcm aku ni, aku tak leh study mcm kwn2 aku yang pandai study.. jangan ikut dia... Kita ikut cara kita.. Cara kita cara lain, cara dia cara lain...

And ada 1 tips daripada cikgu aku sendiri:

1) Jaga solat, jaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa
- kalau jaga solat, Allah akan mudahkan segala urusan... And restu ibu ayah restu Allah

2) Solat Dhuha
-Rezeki kita bukan terletak pada makanan dan duit sahaja... Tpi mana tau kita baca esok tu keluar.. Rezeki tu.. Cuba buat slow2.. Dahsyat tau kuasa solat dhuha nie.. Try buat seminggu sekali dulu...

3) Al Quran
-Jangan tinggalkan Al Quran ... at leasst baca la 1 ayat pun untuk sehari

4) Selawat/zikir
-Time nak study tu baca banyak2 doa

5) Kismis
-haa, nie.. Aku time nk exam aritu aku try makan kismis minda dalam kotak tuh, aku rasa macam ada power je kismis tu.. Kismis tu RM1 aje.. Sebelum nie aku mkn kismis tak rasa apa2... Tapi lepas aku mkn kismis kotak tuh serius semua ilmu yang aku baca melekat..!  Lepas aku dah bankrupt asyik beli kismis kotak tu je, aku beli lah kismis dalam botol tu.. Kismis Tok Guru.. Kismis Tok Guru tak sepower kismis dalam kotak...  Setiap kali aku study, aku akan makan 25-35 biji kismis.. Kadang2 time aku lapar aku mkn kismis tuh.. KISMIS! ahhaa...

6) Usaha
- Yang nie part yang paling penting, usaha... Usaha semampu yang boleh... Kalau boleh tak faham tanya cikgu.. biarlah kwn2 kata pertanyaan tu pertanyaan bodoh sekalipun.. Tanya je.. Biar diorang gelakkan.. Gelak je.. sebab kita nk tau kan? jangan terbuku dalam hati.. Nnti dipendam makin menjadi2...

Kalau dah usaha tapi tak berjaya.. banyakkan buat solat Dhuha, sedekah.. Sebab rezeki kita sempit time tuh.. And now aku baru tau kenapa aku dulu selalu gagal even aku dah selalu usaha...
Jangan putus asa... Allah hanya tangguhkan kejayaan sahaja....


Congrates pada kawan2 yang dah berjaya dapat result cemerlang STPM sem 3 ni.. Kpd kwn2 yang tak berjaya jangan risau, teruskan usaha.. Fikir ke depan.. Jangan fikir apa yang kita gagal.. Kita fikir apa yang kita nak bangkit daripada kegaglan

kegagalan tu normal

Dah Bace Tu Try Komen Pulak

0 Orang Suke Pink: