Click Here To Main Page My Biodata To Share My Photography Artworks All My Stories Here Islamic Dakwah For Us Usefull Tips and Tutorial Order Here!

Sunday, October 25, 2015

Tempahan Design Blog Murah Kini Dibuka!


Assalamualaikum

Tempahan design blog template anda sendiri kini dibuka!
Ada 2 pakej iaitu pakej A dan Pakej B

Pakej A merupakan pakej full template...Template termasuk:

Header
Outer Wrapper
Footer
Sidebar and post design

Free : Simple Your own logo
Harga: RM30++

Pakej B merupakan full template + full blogPakej B termasuk:

Full Template termasuk Header, Outer Wrapper dan Footer,
Sidebar and post design
Floating social media icons or sidebar social media icons
Servis pemasangan iklan di blog
Simple Your Own logo
Remove Attribution, remove segala benda yang tak berfaedah
Menu tab
Slider + Free design untuk slider
Servis pemasangan button follow dan dashboard 
Linkwithin (You might also like)
Servis pemasangan kotak shoutbox (Boleh sama ada nak masukkan ke dalam sidebar atau floating)
Servis pemasangan button like and share di post
Remove attribution dan segala buang segala yang tak berfaedah
Servis pemasangan fanpage di Facebook

Harga RM50++

P/S: Harga akan menjadi ++ bergantung kepada kerumitan design...
Harga paling rendah boleh diberi

Contoh design blog: 


Contoh design full blog with template

Segala pertanyaan melalui design boleh mesej di FB
Atau email: ceritanurulcahaya@gmail.com




Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, October 24, 2015

BEST! Hari Konvokesyen!




Assalamualaikum,
Harinie aku trlibat mengenai upacara konvokesyen...
Untuk pertama kalinya aku tengok cara diorang ambik scroll...

Aku punya kokurikulum terlibat untuk jadi penonton masa konvo nie.. First impression aku tngok diorng konvo nie , wah rasa mcm aku pula yang ada kat pentas tu, aku tak leh bayangkan mcm ne happy nya mak ayah aku tngok aku ambik scrool atas pentas tu wehh huhu.. 
Rasa mcm nak nangis pun ada huk huk~

Selama aku hidup nie, nie first time aku tgok. sbb sblumm nie aku tengok kat gambar je n dkt uni2 sekitar rumah aku je, tak pernah pula aku tngok mcm ne kan...

Konvo nie klu kat sekolah lbih kurang mcm hari Q la... hari untuk anugerah pelajar2 cemerlang semua...
Tapi kat Uni, ada anugerah diraja semua, ada anugerah tesis terbaik.. Tapi tak macam kat sekolah, kat sekolah lbih banyak anugerah....

Best la aku tngok diorng , ada 2 orng dpt anugerah diraja nie... Aku tengok perhh,, kalau la aku dpt kan bagus.. Tapi mcm la aku mmpu hahahaaaa....

Sokey2, tak salah klu nk mncuba ye tak.. 

Gambar kat bawah nie la masa hari konvokesyen berlangsung... Dekan2 kot yang ada kat atas tu, perarakan besar masuk ke dewan ... 

Yang degree tu lbih ramai la mcm biasa, tpi klu PhD tu yang ramai orang asing je, master tu sorang dua je yang orang Malaysia...


Yang ni masa perarakan besar masuk kt dlm dewan..
Mcm best je kan pakai jubah tu, kali first n terakhir aku pakai jubah tu masa konvo 6 tahun ahhahaaa...
Tapi actually, masa dorm 6 pun bnyak sekolah yg adakan hari konvo, tpi sekolah aku takda, sedih kot, huhu..... Masa form5 pun takda, so aku x berpeluang la nk pakai jubah tu.. Yang aku berpeluang cuma ambik sijil je kat pentas T_T 
huhu


Sempat lagi aku selfie, sejuk gila kat dewan tu , naik beku aku, Freezee!!



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Wednesday, October 21, 2015

Artworks


























Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Tuesday, October 20, 2015

KISAH PANAS DI HATI INI: Lama Gila!



Assalamualaikum....

Setelah berkurun lamanya.. Akhirnya wehhh akhirnya selesai juga dokumen PTPTN nie... 
Aku nie ekceli tak mau nie pinjam2... Ikat 9 tahun weh, aku dah berkeluarga dh masa tu.. Huhu, eh ehh......

Klu kahwin lps bljr anak aku dh sekolah rendah tu tak habis bayar lagi... Nasib baik aku ambik STPM dulu so hutang pun x menimbun...

Yeah! Thats y aku dh ada prinsip nak apply JPA .. Hukss~ Harap dipermudahkan la , and aku harap aku dpt la... Aku x mau hutang! walaupun hutang kat IPTA jauh lebih murah berbanding IPTS.. 

Haritu kat Uni aku ada wat roadshow... yg  tu pun ramai juga dia bagi talk je pun, dewan kuliah yg sebesar2 alam tu penuh tau.....

Lepastu baru2 nie PTPTN dtng kat Uni kitorang balik untuk collect all documents for PTPTN loan.... and students yg dtng dari pukul 7pg dtng  tu pukul 4ptg baru habis...
Bayangkan mcmner sesaknya dewan tu, berhimpit2 macam tin sardin pun ada...

Berebut2 sampai lunyai dh kertas aku dibasahi peluh2 hahahahaaa....

Aku pula datang pukul 11 tgh hari tadi.... Lepastu aku masuk la kat dewan nie... Dh sampai depan dah untuk dapatkan tempat duduk, dalam pukul 12 lebih something cmtu lepastu hakak tu bgi tau

"Dikkk, kitorang semua akan rest pukul 12:45 yea sampai pukul 2 ptg.. So, korang boleh solat dulu semua"

And perasaan hambar dan agak keciwe kat situ.... Aku pun apa lagi bla laa..... pergi bli mkn kejap je pun huhu...

Dalam pukul 1 tu aku dtng balik...  bila aku sampai jea, adoiii, kena beratur balik huhu... Gedebak gedebuk aku terpaksa la tahan bau2 yg ada kat situ 

Sampai nk termuntah aku duduk situ... 



Lepastu dh diorng tolak2 lagi adehhh.... Ramai juga yg potong Q
Mumule x beranjak langsung....

Lepastu dalam pukul 5 cmtu selesai lah semua.. So, kira2 dlm 5 jam juga la,, akhirnya aku pun pergi dengan tenangnya.. Hahhaa... Padahal dia main cop2 je kat depan tu, tunggu tu weh kemain lama lagi... Huks (Menangis dalam debu) T_T



Dah Bace Tu Try Komen Pulak

Saturday, October 10, 2015

[HANGAT] Kisah Sebenar Kehilangan Anak-Anak Orang Asli





Kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini.

23 Ogos 2015

Tujuh muridOrang AsliSekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Mereka terdiri daripada Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira jam 2.25 pagi.

Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

25 Ogos 2015

Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

1 September 2015

Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

17 September 2015

Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.
Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), RELA dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

28 September 2015

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

7 Oktober 2015

Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

8 Oktober 2015

Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

9 Oktober 2015

Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

Dua orang kanak-kanakyang terselamat itu dikenali sebagaiNorieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. Foto BHarian Online

Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.
Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun
Dah Bace Tu Try Komen Pulak